“Mencemarkan alam sekitar je” – Ramai marah tindakan peniaga ini buang air balang ke dalam sungai

“Mencemarkan alam sekitar je” – Ramai marah tindakan peniaga ini buang air balang ke dalam sungai

 

Untung rugi adalah lumrah yang tidak boleh dielakkan ketika berniaga. Sudah menjadi resmi seorang usahawan dan rezeki juga telah ditentukan oleh Yang Maha Esa, apa yang kita boleh buat, redha sahaja lah.

Walau bagaimanapun, untuk melupuskan produk jualan yang tidak terjual atas apa jua faktor, kita perlu cakna dengan keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi terhadap alam sekitar.

Tular satu video dimana seorang peniaga air balang membuang air bancuhannya ke dalam sungai. Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak senang orang ramai yang risau berlakunya pencemaran kepada alam sekitar. Korang boleh tengok video @isusemasaviral di bawah ni.

Rata-rata netizen menyelar dan mengecam tindakan peniaga ini dengan pembaziran yang berlaku. Ada juga yang kurang senang dengan tindakannya yang membuang air ke dalam sungai.

Ada yang mengatakan peniaga ini berbuat demikian kerana bahan bancuhan yang digunakan telah tamat tempoh.

Screenshot 2024 03 03 At 2.30.51 Pm

Tak kisah lah sungai atau longkang, tapi tindakan peniaga ini boleh menyebabkan pencemaran. Rasanya kita kena didik rakyat soal pencemaran alam ni lebih lagi lah.

Screenshot 2024 03 03 At 2.31.20 Pm

Risau gak kalau tau-tau nanti ada surat saman sampai. Kita kalau nk berniaga tu boleh, tapi kena cakna gak dengan keadaan sekiling terutamanya alam sekitar. 

Screenshot 2024 03 03 At 2.31.36 Pm

Yang penting jangan membazir. Kalau risau sekali pun untuk jual barangan yang tampat tempoh, ada cara yang sesuai untuk membuang sisa. Yang pastinya bukan buang ke sungai lah.