Menara komunikasi terbakar

Menara komunikasi terbakar

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengesahkan terdapat satu insiden kebakaran menara komunikasi di Batu 10, Hutan Melintang, Perak, hari ini.

SKMM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kejadian berlaku sekitar 7 pagi membabitkan sebuah menara komunikasi milik pihak Digi yang dikongsi bersama dengan Celcom dan Maxis.

Katanya, punca kebakaran di menara komunikasi berkenaan bagaimanapun masih belum diketahui dan sedang dalam siasatan.

“Ekoran daripada insiden kebakaran itu, gangguan liputan komunikasi dan Internet dijangka berlaku bagi tempoh beberapa hari.

“Pihak SKMM sudah mengarahkan semua penyedia perkhidmatan yang berada di menara komunikasi itu untuk melaksanakan kerja baik pulih dengan kadar segera.

“Difahamkan kerja-kerja baik pulih itu sedang giat dijalankan bagi memulihkan rangkaian komunikasi yang terjejas,” katanya.

Kenyataan itu menjelaskan, adalah dijangkakan rangkaian komunikasi yang terjejas akan pulih sepenuhnya selewat-lewatnya esok.

Sumber: Harian Metro