Menangis mahu jumpa, Hairul Azreen tunai impian Alisa bawa Lee Zii Jia datang rumah

Menangis mahu jumpa, Hairul Azreen tunai impian Alisa bawa Lee Zii Jia datang rumah

 

Anak Hairul Azreen, Alisa Aisyah sempat menangis apabila tidak berkesempatan bertemu jaguh bandminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia susulan belum pulang dari sekolah.

Dalam perkongsian yang dimuat naik Hairul, Alisa dilihat sayu apabila bapanya memakumkan yang atlet negara tersebut sudah pulang.

Ujar kanak-kanak tersebut, dia hendak bertemu dengan Lee Zii Jia dan mahu atlet muda itu kembali datang ke kediaman mereka.

Ternyata, Zii Jia telah membuat kejutan dengan datang semula keesokan hari ke rumah aktor Hairul Azreen dan Hanis Zalika bagi bertemu dengan Alisa.

Momen tersebut dikongsikan pemain badminton terbabit di Instagram dengan mengucapkan terima kasih kepada pasangan selebriti terbabit serta anak mereka kerana sudi menjamu makan tengah hari di rumah.

Dapat dilihat yang Alisa begitu gembira apabila dapat bertemu dengan atlet kesayangannya dan bermain badminton bersama.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang ‘cemburu’ dengan keberuntungan yang diperoleh kanak-kanak comel itu kerana dapat bertemu dengan idola anak muda.

Mereka juga berharap suatu hari nanti dapat juga berjumpa dengan atlet badminton terbabit memandangkan kerap melihatnya bersaing dalam perlawanan badminton di kaca televisyen.

anak Hairul Azreen