Menakutkan! Guru kongsi ‘surat cinta’ murid perempuan tahun 4 ajak murid lelaki ‘main’ guna kondom dalam tandas

Menakutkan! Guru kongsi ‘surat cinta’ murid perempuan tahun 4 ajak murid lelaki ‘main’ guna kondom dalam tandas

Beberapa tahun lepas saya pernah berkongsi ‘surat cinta’ seorang murid perempuan darjah 5 kepada seorang murid lelaki darjah 6 untuk bersetubuh.

Kes yang ini pula lebih menakutkan. Seorang murid darjah 4 menulis,

“I love you ____. Jom main kondom dalam tandas.”

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.

Entah dari mana anak ini belajar. Melalui media sosial? Perbualan bersama kawan? Porn? Pernah jadi mangsa? Kesian sangat.

Kadang tu kita rasa anak kecil lagi untuk tahu benda-benda sebegini. Tapi realitinya terlalu banyak perkataan yang anak dengar di sekeliling mereka; kondom, rogol, seks, malam pertama, malam jumaat, jolok, romen, fu*k dan lain-lain.

Sebab itu acapkali saya sebutkan parents kena jadi guru pertama mendidik anak tentang pendidikan seksualiti. Kena bermula dari rumah.

Semoga Allah bantu urusan kita mendidik anak-anak.

Nota : Jika guru atau ibu bapa berhadapan situasi ni, please jangan marah atau pukul anak. Jumpa budak ini secara berdepan, tanya baik-baik, tunjukkan rasa empati dan bantu apa yang patut. Jika ada berlakunya perbuatan jenayah di situ, kena buat laporan polis atau hubungi talian Kasih 15999.

Sumber: Akhi Fairuz