“Memang melampau..” – Guru dituduh ‘lapar’ viral, dedah wajah murid & jadikan konten TikTok tanpa izin ibu bapa
Netizen mengkritik tindakan seorang guru sekolah yang dituduh lapar viral kerana memuat naik video bersama pelajarnya tanpa kebenaran ibu bapa kepada kanak kanak tersebut.
Guru tersebut memang suka merakam video bersama anak anak muridnya dan kemudian memuat naik video tersebut di akaun media sosial miliknya.
Apa yang menjadi isu, ada ibu bapa kepada pelajar tersebut yang tidak senang dengan tindakan guru tersebut menjadikan anak mereka sebagai konten dan meminta hantaran tersebut dipadamkan.
Seorang pengguna X berkata: “Korang, cikgu ni ada post video a girl juga who is anak kepada my friend.
“Dia tak pernah minta permission my friend as parents pun.
“Bila suruh take down the video, macam-macam alasan dia bagi. Dia hide sekejap then esoknya dia unhide. Cikgu ni memang melampau. Kejar viral.”
Ada juga yang mendakwa, cikgu tersebut sukar menerima teguran dan memadamkan semua komen yang mengkritik tindakannya.
Seterusnya yang lain mengingatkan cikgu tersebut tentang garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ianya dianggap satu kesalahan yang sangat ‘basic’ dilakukan seorang guru yang dianggap lapar viral. Di mana ada pihak yang mengingatkan guru tersebut tentang garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Di sebalik kritikan yang diterima guru itu, ada juga yang mengakui tersentuh melihat beberapa konten video daripada guru tersebut.
Namun mereka tetap mengakui yang salah tetap salah jika guru itu memuat naik video tanpa kebenaran ibu bapa dan mendedahkan wajah murid tanpa sebarang tapisan.