Memalukan, pemain bola tampar Sabah didakwa tinggalkan rumah dalam keadaan kotor & teruk

Memalukan, pemain bola tampar Sabah didakwa tinggalkan rumah dalam keadaan kotor & teruk

 

Seorang lelaki dikenali sebagai Umar menerusi satu ciapan di Twitter, meluahkan rasa kesal dengan tindakan pemain bola tampar negeri Sabah yang dipercayai meninggalkan rumahnya dalam keadaan yang bersepah. Memang tak patut!

‘Tinggalkan rumah dalam keadaan yang sangat teruk’

Menerusi video pendek berdurasi 30 saat dikongi lelaki ini, memaparkan keadaan sebuah rumah yang ditinggalkan dalam keadaan yang tidak terurus dan selerak namun tidak dapat dipastikan bila kejadian ini berlaku dan lokasi asalnya.

Dakwa pemilik video ini lagi, rumah tersebut telah didiami oleh pemain bola tampar negeri Sabah.

Ini rumah player bola tampar dari Sabah. Tinggalkan rumah dalam keadaan sangat teruk.

Belum lagi tengok coridor, nasi & tulang ayam bersepah. Sepanjang aku jd host, ini paling c*l*k*

Selain video, lelaki ini turut berkongsi beberapa keping foto keadaan rumah tersebut yang disifatkan begitu kotor dan menggelikan. Bagaimanapun, tiada sebarang respon yang diberikan oleh pihak berkenaan dan ketika artikel ini ditulis ciapan tersebut telah meraih 1k tanda retweet dan 774 tanda suka.

Menerusi ruangan balas, rata-rata wargamaya turut geram dan mengecam tindakan individu berkenaan yang sama sekali tidak menitikberatkan aspek kebersihan.

Dalam ramai-ramai tu tak ada sorang pun yang punya akhlak.

Aaaaaahh aku pernah kena gak bagi kat player hoki negeri, hancur semua, sink pon boleh pecah. Athletes ni memang ganas duk homestay.

How diorang boleh tidur makan mandi dalam keadaan macam ni ? red flag untuk lelaki sebegini ya. if players ni teman lelaki korang baik breakup jela.