Melaram pakai emas curi, Kieda Crepe dedah gambar suspek pecah rumah

Melaram pakai emas curi, Kieda Crepe dedah gambar suspek pecah rumah

 

Usahawan pencuci mulut, Kieda Crepe tunjuk gambar suspek pecah rumah yang ketika ini sedang ditahan reman susulan dakwaan melakukan jenayah tersebut sehingga dia kerugian hampir RM1 juta.

Menerusi Insta Story Kieda di Instagram, usahawan berkenaan telah menunjukkan gambar-gambar suspek dengan barang kemas miliknya yang tanpa segan silu dipakai oleh wanita terbabit.

Dalam posting tersebut, pemilik nama sebenar, Khalieda Yusra ini menyatakan gelang yang digunakan oleh salah seorang suspek adalah hadiah daripada suaminya sempena hari ulang tahun kelahiran.

Dalam pada itu, Kieda juga mendakwa bahawa pasangan suami isteri yang merupakan suspek turut melangsungkan resepsi perkahwinan mereka sebulan selepas kejadian.

Mereka juga dikatakan sempat berbulan madu ke Indonesia sebelum pihak polis menahan reman kedua-duanya bagi membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuat.

Kieda Crepe tunjuk gambar suspek

Dalam posting yang dibuat usahawan itu lagi, dia ternyata berasa pelik dengan ragam sesetengah manusia apabila tergamak memakai barang kemas yang dicuri daripada orang lain seperti tiada rasa bersalah langsung memandangkan ia ditunjukkan kepada orang ramai.

@kiedacrepepenang

Hidup berniaga ni akan jumpa bermacam ragam manusia termasuk lah ragam pencuri yang curi barang kita siap pakai and ambil gambar tanpa rasa bersalah.  Apalah perasaan dia hah?

♬ original sound – KIEDACREPEPENANG – KIEDACREPEPENANG

Terdahulu, Kieda dan suami telah mendedahkan bahawa suspek kes pecah rumah mereka telah ditahan polis dan ia amat mengejutkan ramai susulan keempat-empat individu yang ditahan merupakan suspek sama yang memecah masuk rumah usahawan wanita Liana Rosli atau Kak KM.

Difahamkan, ada di antara mereka merupakan pasangan suami isteri serta adik beradik hasil siasatan pihak berkuasa.

Setakat ini, mereka telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah rumah Kieda Crepe sehingga mengakibatkan kerugian barang kemas bernilai RM800,000.