Media sosial kecoh bila ada ‘netizen’ dakwa laksa Johor punya ‘standard’ lagi tinggi dari orang utara

Media sosial kecoh bila ada ‘netizen’ dakwa laksa Johor punya ‘standard’ lagi tinggi dari orang utara

Sekiranya anda kerap melayari media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini, pastinya anda cukup tahu di mana kini sedang kecoh dengan isu laksa.

Difahamakan semuanya bermula apabila terdapat seorang pengguna Facebook berkongsi cara-cara memasak laksa Johor menggunakan ikan sardin. Perkongsian beliau telah mendapat maklum balas positif sehinggalah terdapat sebuah komen yang menjadi perhatian netizen bukan sahaja dalam group berkenaan malah seluruh Malaysia.

Komen wanita ini yang provokatif dengan mengatakan laksa Johor patut menggunakan ikan parang atau tenggiri dan bukannya ikan kembung atau selayang kerana setaraf dengan standard orang Utara dan Pantai Timur sekaligus membuatkan para netizen kurang senang.

Komen yang dilemparkan secara tidak langsung membuatkan para netizen di Malaysia triggered sekaligus menerima pelbagai jawapan balas dalam membandingkan laksa Johor dengan laksa negeri-negeri yang lain.

Berikut merupakan antara komen netizen yang kurang senang dengan komen yang dilemparkan. Tidak kurang juga terdapat warga Johor yang kurang senang dengan komen wanita berkenaan.

 

Siapa sangka isu mengenai pemilihan ikan dalam sesebuah laksa juga telah membuatkan para netizen kecoh selepas perbandingan antara negeri dibuat. – TV