MBI tawar diskaun lalu lintas hingga 70 peratus

MBI tawar diskaun lalu lintas hingga 70 peratus

 

Majlis Bandaraya Ipoh (MI) menawarkan potongan sebanyak 70 peratus kepada orang ramai untuk melunaskan kompaun kesalahan lalu lintas bermula 15 November hingga 31 Disember ini.

Pengurangan kompaun tersebut diberikan kepada orang ramai di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MBI.

MBI dalam satu kenyataan memberitahu, ia bagi membantu serta meringankan beban orang ramai khususnya warga bandaraya Ipoh ntuk melangsaikan kesemua kompaun tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, sehubungan itu warga bandar ini perlu memanfaatkan peluang keemasan ini sebaik-baiknya.

“Potongan yang ditawarkan hanya diberikan bagi kesalahan seperti tidak mempamerkan kupon atau meletakkan kenderaan di luar petak sahaja, manakala bagi kesalahan lain ia tertakluk kepada prosedur pengurangan sedia ada.

“Pembayaran boleh dilakukan di Kaunter Bayaran MBI dan Kaunter Pandu Masuk MBI di Greentown pada setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.30 pagi sehingga 4 petang,” ujar kenyataan itu.

Bayaran juga boleh dilunaskan di Kaunter Bayaran MBI di Pusat Transformasi Bandar (UTC Perak) sepanjang operasi pusat ini mengikut waktu bekerja.

Sebagai alternatif juga, bayaran turut boleh dibuat secara atas talian menerusi portal Majlis Bandaraya Ipoh di www.mbi.gov.my dan di aplikasi Park@Perak.