MBI beri amaran, jangan tanam pokok durian dalam kawasan perumahan

MBI beri amaran, jangan tanam pokok durian dalam kawasan perumahan

 

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberi amaran supaya agar orang ramai tidak menanam pokok durian di dalam kawasan perumahan di bandar raya ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ia melanggar garis panduan yang ditetapkan dan boleh dikenakan tindakan.

“Kita ada garis panduan, mereka yang melanggarnya kita akan mengambil tindakan. Jadi, pokok-pokok besar macam durian memang tidak boleh ditanam di dalam kawasan perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan Hari Tanpa Kereta Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil di sini hari ini.

Rumaizi berkata, hanya tanaman jenis kontan sahaja dibenarkan ditanam di kawasan itu.

Sementara itu, berkenaan program Hari Tanpa Kereta hari ini Rumaizi berkata, seramai kira-kira 500 pengunjung hadir dengan pihaknya memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi.