MB Perak menghadap Sultan Nazrin kali kedua

MB Perak menghadap Sultan Nazrin kali kedua

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dilihat memasuki perkarangan Istana Kinta di sini, dipercayai untuk masuk menghadap Sultan Perak, Sultan Muizzuddin Shah, petang ini.

Beliau kelihatan memasuki perkarangan istana menaiki Toyata Camry diiringi sebuah lagi kenderaan pada jam 3 petang.

Ini adalah kali kedua Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menghadap Sultan Perak selepas berbuat demikian semalam.

Kenderaan yang membawanya kemudian dilihat meninggalkan perkarangan Istana Kinta setengah jam kemudian.

Pagi tadi, tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri memasuki perkarangan Istana Kinta bagi mengadap sembah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Istana Kinta di sini, bagi menyembah maklum mengenai situasi politik mutakhir negeri itu.

Mereka adalah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak, Datuk Asmuni Awi.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/761890/mb-perak-ke-istana-kinta-lagi