Mayat wanita ditemukan tergantung di kipas

Mayat wanita ditemukan tergantung di kipas

 

Seorang wanita ditemukan mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah di Taman Teratai, Senawang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut pada pukul 5.59 petang semalam.

Katanya, mayat wanita berusia 33 tahun itu ditemukan dalam keadaan tergantung di kipas di ruang tamu rumah berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemukan kesan calar di pergelangan tangan kiri disyaki mencederakan diri.

“Dia disahkan meninggal dunia kira-kira satu hingga dua jam sebelum ditemukan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd. Said, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk proses bedah siasat.

“Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes di siasat dibawah laporan mati mengejut,” tambahnya.

Sumber: Utusan