Mayat Tangmo Nida dipindahkan semula ke pusat forensik, upacara pembakaran secara rasmi ditunda

Mayat Tangmo Nida dipindahkan semula ke pusat forensik, upacara pembakaran secara rasmi ditunda

 

UPACARA pembakaran mayat aktres Tangmo Nida ditunda secara rasmi.

Penundaan itu disebabkan ibunya, Panida mendesak forensik memindahkan mayat Tangmo ke Institut Pusat Ilmu Forensik Kementerian Kehakiman.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam keluarga Tangmo, Kritsana Sriboonpimsuay pada Sabtu.

“Saya telah menyerahkan dokumen kepada penyelidik di Ibu Pejabat Polis Daerah 1, meminta mereka untuk membekukan tubuh sebelum memindahkan mayat ke Institut Pusat Ilmu Forensik,”

“Keluarga Tangmo yakin terdapat luka pada tubuh Tangmo dan ingin mengetahui punca kematian,” katanya.

tangmo nida 2

Sebelum itu, upacara memberi penghormatan terakhir buat aktres itu diadakan di Gereja Liberty Bangkok pada Jumaat hingga Ahad.

Justeru, Kritsana berkata, permintaan untuk bedah siasat kedua itu secara tidak langsung upacara pembakaran yang sepatutnya berlangsung Isnin ditunda sehingga selesai.

Polis masih meneruskan siasatan dan memeriksa bukti baharu yang mungkin bertentangan dengan laporan awal mereka bahawa kematian adalah kemalangan.

Bedah siasat semula mayat Tangmo diutarakan oleh aktor dan petugas penyelamat bernama Ekkapun.

Ekkapun merupakan orang pertama yang melihat mayat Tangmo sejurus dikeluarkan dari sungai.

Menurutnya, wajah aktres itu seperti terkena pukulan benda keras, ada luka di mata kanan dan beberapa gigi patah.

Untuk rekod mayat Tangmo ditemui selepas tiga hari terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya.

Pelbagai spekulasi timbul berkaitan punca kematian namun sebelum ini pihak polis telahpun menjelaskan Tangmo meninggal dunia akibat lepas kerana terdapat kesan lumpur pada paru-paru.