Mayat lelaki lemas di Sungai Perak ditemui

Mayat lelaki lemas di Sungai Perak ditemui

 

Mayat seorang wadar berusia 26 tahun yang lemas ketika berenang menyeberangi Sungai Perak malam kelmarin ditemui pagi tadi.

Mayat Mohamad Nor Amirulhamzah Jaafar ditemui terapung 7.19 pagi tadi di tepian Sungai Perak, kira-kira 2km dari pusat operasi pasukan menyelamat, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Media melaporkan semalam bahawa mangsa yang bertugas sebagai wadar di sebuah pusat rawatan dan pemulihan di Padang Rengas menjala ikan berdekatan Jambatan Sultan Abdul Jalil (Jambatan Sayong) di Kampung Sayong Lembah bersama beberapa individu lain malam Jumaat lepas.

Mangsa kemudiannya turun ke sungai namun hilang ketika cuba menyeberangi sungai berkenaan, lapor Harian Metro.