Mayat lelaki ditemui dengan kesan tetakan

Mayat lelaki ditemui dengan kesan tetakan

 

Mayat seorang lelaki warga Myanmar ditemui dengan kesan tetakan di tepi jalan di kawasan kebun getah dekat Padang Semai, Kuala Rui di sini semalam.

Mayat mangsa tanpa identiti berusia lingkungan 30-an itu dijumpai orang awam pada pukul 8.30 malam sebelum memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa ditemui seorang lelaki yang kebetulan mahu masuk ke kebunnya yang terletak berdekatan tempat kejadian.

Katanya, mangsa dijumpai dalam keadaan terlentang di tepi kawasan semak dengan kesan darah pada kepala dan badan.

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati terdapat dua kesan tetakan pada dahi kanan dan tengah kepala selain kesan tetakan pada siku kiri dan di pergelangan tangan kanan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan mangsa dipercayai warga asing. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.