Mayat Covid-19 hidup semula?

Mayat Covid-19 hidup semula?

HOSPITAL Kuala Lumpur (HKL) menafikan mesej tular yang mendakwa terdapat pesakit Covid-19 yang disahkan meninggal dunia, namun hidup ketika mahu dikebumikan.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan berkata, mesej tular berkenaan pesakit Covid-19 yang didakwa hidup semuala adalah tidak benar.

“HKL menjelaskan bahawa tiada kejadian berlaku seperti dakwaan mesej tular berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai mesej itu dan berhenti daripada menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, tular mesej yang mendakwa seorang pesakit Covid-19 yang disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) didapati masih hidup semasa di lokasi pengebumian dan seterusnya dibawa kembali ke HKL untuk rawatan.

Sumber: Malaysiapost