Maut selepas dihempap kenderaan sendiri

Maut selepas dihempap kenderaan sendiri

Lelaki maut selepas kereta dihempap kereta dipandunya dalam kemalangan di Batu 11, Jalan Changkat Jong, dekat sini, hari ini.

Difahamkan, kereta dipandu R Darma Raja, 24, terbabas sebelum terbalik ke dalam parit.

Ia menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta itu sebelum kenderaan itu menghempapnya.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang lelaki parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.41 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota bersama jentera kemudian dikejarkan ke lokasi.

Katanya, setibanya di lokasi, bomba mendapati kereta berkenaan sudah berada di dalam parit dalam keadaan terbalik.

“Seorang lelaki dihempap kereta dipandunya dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada ke lokasi.

“Rakan mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital,” katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 5.16 pagi.

Sumber: Harian Metro