Mat Saleh ini mahu orang makan nasi guna pisau dan garfu, larang guna tangan
Nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia, setiap hari, setiap masa, tidak kira di mana jua. Nasi adalah makanan utama yang ada disetiap gerai-gerai atau barisan hotel mewah.
Hidangan ini mempunyai kepelbagain budaya, dari kaum Melayu, Cina atau India semuanya menikmati nasi sebagai sebuah hidangan yang wajib ada di atas meja makan.
Kebanyakan rakyat Malaysia sebenarnya tidak mempunyai masalah jika anda mahu makan nasi menggunakan tangan atau sudu dan garfu, tetapi ia akan menjadi sedikit masalah apabila nasi dimakan menggunakan pisau dan garfu. Pelikkan?
Itulah yang dilakukan oleh pemilik akaun Twitter The Royal Butler yang mengaku menjadi ahli kelab etika Britain namun dianggap sebagai tidak sensitif dengan budaya orang Asia.
Ladies and gentlemen, remember we always use a knife and fork or chopsticks to eat rice! We do not use our hands or fingers !!! šØ pic.twitter.com/xCJEKXg26K
— The Royal Butler (@TheRoyalButler) March 6, 2021
Dia yang pernah bekerja sebagai pelayan untuk Putera Charles, William dan Harry menulis di laman Twitter miliknya dengan mengingatkan orang ramai agar menggunakan pisau dan garfu atau sumpit untuk makan nasi, ākami tidak menggunakan tangan atau jari kami.ā
Tidak pasti adakah ciapan ini hadir dengan nada gurau atau memang dia berniat untuk mempersendakan budaya orang Asia yang menggunakan tangan untuk makan nasi.
Ciapan beliau kini menjadi medan kemarahan orang Asia yang memandang kelakukan The Royal Butler sebagai tidak beretika apabila mempersoalkan budaya orang Asia.
Ladies and gentlemen, also remember that the colonialist prick @TheRoyalButler still doesnāt wash his ass, whereas the ones eating rice with hands and fingers do and have ā for a millennium-and-a-half https://t.co/zWnuHnDWKN
— Mohammad Taqi (@mazdaki) March 7, 2021
We don't need a British man to tell us how to eat rice. They didn't even know how to cooked rice properly. https://t.co/QRx3Ew1yXn
— Nidduzzi š²š¾ (@IzzuddinSafuan) March 7, 2021
At least use a spoon like us Thais! Do you try to balance peas on the backside of the fork too? š https://t.co/0NIMvPPOGj
— Saksith Saiyasombut (@SaksithCNA) March 7, 2021
This is total bull. Why u eat rice with fork? Spoon is much easier and logical. Using fingers is more common. https://t.co/X8GjizqMGQ
— lovezart (@yo_arteza) March 7, 2021
Malaysians n indonesians uniting yet again since the bali issue n we love to see it š https://t.co/Y3BdEPBtWe
— ģ„¬ģ„¬ (@arxxxxmand) March 7, 2021
Ciapan ini telah mendapat 6,000 lebih ciapan balas dan lebih 1,000 tanda suka. Sejak dibahaskan semalam, rata-rata pengguna sosial media tidak terima apabila orang asing cuba mengajar tradisi yang sudah mereka lakukan sejak dahulu lagi. – TV