Mat Saleh dedah realiti sebenar kebersihan di Malaysia, netizen Indonesia bersorak

Mat Saleh dedah realiti sebenar kebersihan di Malaysia, netizen Indonesia bersorak

 

Boleh dikatakan bila bercakap perihal kebersihan, rakyat Malaysia sering mengganggap dirinya sudah habis berdisiplin dan sering membandingkan tahap kebersihan dengan negara jiran seperti Indonesia.

Namun, sejauh manakah kebenaran yang Malaysia lebih bersih dari negara Indonesia yang selama dicanang-canang oleh kita?

Sekian lama polemik ini dimainkan, seorang mat saleh lalu membedah kebenaran kenyataan itu dengan menjelajah ke serata Malaysia untuk melihat sendiri tahap kebersihan di dalam kehidupan sebenar.

Menurut lelaki itu, pada dasarnya Malaysia memang tampak bersih tetapi realitinya apabila sudah pergi ke Borneo dan beberapa kawasan lain di Malaysia memperlihatkan keadaan persekitaran dipenuhi sampah-sarap dan tidak seperti sebersih yang didakwa.

“Di sini aku melihat orang ramai membuang sampah sembarangan di jalanan. Dan di lautnya sangat banyak polusi sampah,” katanya sambil menunjukkan keadaan sebenar di video tersebut.

Dakwaan rakyat Malaysia bahawa himpunan sampah di sini adalah berpunca dari pendatang dan pelancong luar adalah tidak tepat sama sekali. Bagi dirinya,  dia berpendapat rakyat Malaysia  juga sama seperti orang-orang di Asia Tenggara lain.

Tambahnya lagi, perkara ini terjadi kerana rakyat Malaysia terlalu banyak menggunakan beg plastik serta tidak mempunyai sistem pengendalian sampah yang efisien.

Dalam pada itu, dia menegaskan ini perkara ini bukanlah satu perdebatan dalam mencari siapa yang lebih kotor di antara Malaysia atau Indonesia tetapi lebih mendedahkan punca sebenar datang dari sikap individu itu sendiri yang tidak menjaga kebersihan persekitaran.

“Jadi, ini bukan tentang siapa yang lebih kotor antara Malaysia atau Indonesia. Ini tentang kebiasaan kita,” katanya lagi.

@bulesampah

Apakah negara Malaysia lebih bersih dari Indonesia ?

♬ original sound – Bule Sampah – Bule Sampah

Perkongsian video tersebut langsung menjadi perhatian netizen lebih-lebih lagi dari Indonesia di mana mereka tampil gembira dengan pendedahan realiti sebenar tahap kebersihan Malaysia yang selama ini hanya menunding jari ke arah orang lain sambil menuduh jadi punca masalah sampah di sini.

Walaupun kenyataan tersebut pahit ditelan oleh warga tempatan, sebahagian netizen tempatan tampil bersetuju dengan perkongsian mat saleh tersebut bahawa kesedaran dalam perihal kebersihan masih rendah dikalangan rakyat Malaysia.