Masuk bilik sesuka hati & pakai baju tidur, Uqasha Senrose dedah perangai sebenar pembantu peribadi

Masuk bilik sesuka hati & pakai baju tidur, Uqasha Senrose dedah perangai sebenar pembantu peribadi

 

Nama pelakon Uqasha Senrose menjadi bualan netizen susulan dakwaan memukul pembantu peribadinya.

Menurut Uqasha, dia tidak pernah kisah sekiranya pembantunya itu hendak keluar masuk dari rumahnya.

Bahkan, gaji setiap bulan tetap diberikan meskipun, tiada penggambaran yang berlangsung pada bulan tersebut.

Dakwa Uqasha, pembantunya itu suka bercakap buruk mengenai majikan lamanya.

Ujar Uqasha lagi, dia pernah terlintas bahawa pembantu peribadinya itu akan membuka aibnya suatu hari nanti.

Berbicara lebih lanjut, isteri kepada aktor Kamal Adli ini mendakwa, pembantu peribadinya itu pernah masuk ke dalam bilik tidurnya tanpa kebenaran.

Lebih mengejutkan, pembantu peribadinya itu didakwa mengetahui di mana tempat penyimpanan wang.

Berbicara lebih lanjut, Uqasha membongkarkan rahsia di mana pembantunya itu didakwa memakai pakaian tidurnya secara suka hati.

Di akhir posting, Uqasha memberitahu dia sedaya upaya tidak mahu membuka aib orang dan mahu menyelesaikannya secara baik.