Masih posting #ibutakrestu, netizen mulai bosan kiasan ibu Hannah Delisha

Masih posting #ibutakrestu, netizen mulai bosan kiasan ibu Hannah Delisha

Satu demi satu pendedahan berkenaan perkahwinan Hannah Delisha dan suaminya, Imam Shah menjadi buah mulut netizen selepas ibu kandungnya memaklumkan dia tidak merestui pernikahan tersebut.

Kontroversi yang berlaku kepada pelakon cantik kelahiran Singapura ini membuatkan ibu mertuanya tampil mempertahankan menantu tersayang dengan menjelaskan beberapa perkara berhubung perkahwinan anaknya dan Hannah.

Hannah minta maaf

Selain itu, Hannah Delisha juga telah mengeluarkan kenyataan dengan meminta maaf kepada semua di atas kontroversi yang melanda. Dia juga akui bahawa dirinya sama seperti orang lain yang mempunyai masalah peribadi.

“Bukan saja tak restu, tapi tak tahu?”

Namun begitu, dalam posting terbaru ibunya yang dikenali sebagai Nur Asyikin di media sosial, dia masih lagi memuat naik puisi kiasan seakan menyentuh isu perkahwinan anaknya yang didakwa tidak direstui olehnya.

 

Aib keluarga jangan dijaja

Walaupun sedar bahawa luahan tersebut merupakan hak seorang ibu yang kecewa dengan anaknya, namun netizen mulai berasa bosan dengan kiasan-kiasan yang pastinya mengundang lebih banyak tanda tanya buat orang ramai.

Beberapa komen di ruangan Instagram Nur Asyikin telah menyuarakan rasa kurang senang mengenai luahan tersebut kerana dilihat membuka lebih banyak aib antara keluarga mereka.

Rasanya tak perlu di media sosial

Janganla canang dekat media sosial

Namun begitu ada juga yang mendoakan agar hubungan anak-beranak itu kembali pulih dan dapat diselesaikan antara keluarga. Mereka mengakui berasa kasihan melihat ibu yang hatinya kecewa disebabkan tindakkan anak.

Kesian pada si ibu

 

Sumber: OMM, kakcikwujudku