“Masalah kecil sahaja”, Nedim Nazri tampil jawab isu rumah tangga bergolak
Suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri mendedahkan rumah tangganya masih dalam keadaan baik dan hanya alami ‘gaduh-gaduh manja’.
Menurut laporan Berita Harian, Nedim Nazri akui berlaku masalah kecil dalam perkahwinannya namun, hubungannya bersama aktres tersebut masih baik.
Disebabkan itu, Nedim berharap kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi buruk mengenai rumah tangganya.
“Tak ada apapun, saya sayangkan isteri saya. Tolonglah, jangan buat lawak mengarut. Janganlah cakap pasal berpisah, tak baik.
“Saya dan isteri masih baik, kami adalah rakan dan pasangan yang baik.
“Gaduh-gaduh manja itu betul. Masalah kecil sahaja, kami okay. Kami masih baik. Alhamdulillah, saya nak bawa isteri dan anak keluar,” ujarnya.
Bagaimanapun, dia akui tinggal berasingan dengan Nora Danish memandangkan kediaman mereka masih dalam proses pengubahsuaian.
“Insya-Allah, tak ada benda, memang kami duduk berasingan sebab rumah masih dalam proses ubah suai,” katanya.
Sekadar info, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl, 6.
Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki namun, mereka bercerai pada 10 Julai 2008.