Search

Berita Perak

Berita Perak

“Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, tak nak ulas apa-apa ke?” – Didi Astillah

May 12, 2024 11:36 pm
“Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, tak nak ulas apa-apa ke?” – Didi Astillah

 

Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.

Didi menerusi akaun Instagram miliknya mendedahkan Aliff pernah bersama dengan wanita berstatus isteri orang yang mempunyai tiga orang anak dan berasal dari Terengganu.

“Daripada podcast, interview sana sini bila bab ‘kes’ tak nak ulas apa-apa. Tapi bila soal kesalahan kak long saya panjang berjela, seolah olah mereka nak menutup kes khalwat tu macam tu sahaja.

“Saya pun jadi pening bila dengar statement, jawapan yang lari dari topik tiap kali interview. Sudah-sudahlah la tu bagi statement dan tunjuk kemarahan… Lebih baik diam sebab salah sendiri.

“Takkan lah pasangan kekasih dah ber LU LU, MU MU datang set bersama tak buat apa apa? Umpama kucing menolak ikan.

“Bau ikan pun kucing dah tertarik sedangkan di set pun berani bermesra-mesra, inikan pula dah depan mata atau berdua-duaan dalam rumah?

“Tak nak ulas apa-apa ke? Pastu, yang lagi sorang tu. Lepas minta maaf pun, ingat saya tak tahu ke yang awak tetap pergi kat orang-orang dan masih cakap yang ‘Bella perangkap’ ? MUNAFIK. “Kita ni zaman bila nak perangkap perangkap? Awak tak cukup umur lagi ke atau awak dah gila ke atau kedua-duanya sekali eh?” dedahnya.

Tegas Didi lagi, selama mereka berkahwin X tidak pernah sekali kakaknya bercerita hal buruk mengenai keluarga Aliff seperti mana yang dilakukan abang iparnya sekarang.

Tegas Didi lagi, selama mereka berkahwinX tidak pernah sekali kakaknya bercerita hal buruk mengenai keluarga Aliff seperti mana yang dilakukan abang iparnya sekarang.

“Tak perlu cakap abang terkilan sebab tindakan kak long saya pada mak abang. Incase kalau mak abang lupa, tolong ingatkan pada dia.

“Kak long saya punya jasa dan kebaikan memaafkan abang berkali kali kali tu benda yang bukan semua orang boleh buat.

“Kebaikan Mama kami pula selama bertahun-tahun siap pernah masakkan setiap minggu untuk 40 peminat Aliff Aziz di Gegar Vaganza (bukan catering ya mama masak dan packing sendiri).

“Tak pernah sekali pun hal buruk tentang mak abang yang pernah keluar dari mulut kakak saya atau keluarga saya.

“Tapi rupanya mak dan keluarga abang, mengutuk kak long saya termasuk keluarga saya, termasuk tentang saya sekali.

“Padahal semua ni hanya bermula kerana kesalahan abang sendiri (kes khalwat). Sayangnya kak long saya pada abang sampai adik kami dia sanggup ketepikan demi untuk anak-anak dia tak kehilangan seorang bapa,” tulisnya.



Popular

Gara-gara ceraikan isteri depan skandal lepas kantoi curang, nama ‘Hanafi’ jadi perbualan ramai

Gara-gara ceraikan isteri depan skandal lepas kantoi curang, nama ‘Hanafi’ jadi perbualan ramai

Boss Susu, Azmi Zainal sudah tiada dalam senarai pengarah Farm Fresh?

Boss Susu, Azmi Zainal sudah tiada dalam senarai pengarah Farm Fresh?

Tular video lelaki dihalau keluar naiki lif dengan Zahid Hamidi, ini jawapan Nurulhidayah!

Tular video lelaki dihalau keluar naiki lif dengan Zahid Hamidi, ini jawapan Nurulhidayah!

Foto mayat Tangmo Nida tersebar di laman sosial, ada yang nampak macam kena jerut?

Foto mayat Tangmo Nida tersebar di laman sosial, ada yang nampak macam kena jerut?

Netizen ‘kembang tekak’ lihat penyediaan makanan restoran ternama, makanan terbiar atas dapur

Netizen ‘kembang tekak’ lihat penyediaan makanan restoran ternama, makanan terbiar atas dapur

Terkini

‘Makcik, kalau tak reti jangan redeem duit MyKasih, menyusahkan orang la’

‘Makcik, kalau tak reti jangan redeem duit MyKasih, menyusahkan orang la’

Ferrari kalah saman terhadap syarikat minuman tenaga tempatan

Ferrari kalah saman terhadap syarikat minuman tenaga tempatan

“Diharamkan ada zuriat” – Suami cerai isteri lepas 7 bulan kahwin, beri alasan rindu zaman bujang

“Diharamkan ada zuriat” – Suami cerai isteri lepas 7 bulan kahwin, beri alasan rindu zaman bujang

“Ambil tanah kubur untuk buat azimat, mohon ampun kepada Allah” – Bapa Nurly

“Ambil tanah kubur untuk buat azimat, mohon ampun kepada Allah” – Bapa Nurly

Peluasan SST tak beri kesan signifikan pada ibu bapa hantar anak ke taska, prasekolah swasta

Peluasan SST tak beri kesan signifikan pada ibu bapa hantar anak ke taska, prasekolah swasta


© 2020 beritaperak.com. All rights reserved.