‘Maruah saya tercalar’ – Wanita amuk mohon maaf dengan pekerja 7-Eleven, minta netizen henti sebar video

‘Maruah saya tercalar’ – Wanita amuk mohon maaf dengan pekerja 7-Eleven, minta netizen henti sebar video

 

Susulan tular video seorang wanita mengamuk di kedai serbaneka gara-gara berang apabila anak lelakinya dituduh mencuri oleh seorang pekerja, empunya diri tampil menjernihkan situasi tegang.

Menangis dekat kedai

Menerusi siaran langsung di Facebook miliknya, pemilik akaun Wan Nor Baizura memohon maaf dengan rela hati kepada staf kedai serbaneka itu sambil ditemani suami dan anak-anak.

Menangis teresak-esak, wanita terbabit menyesal kerana sudah bertindak keterlaluan namun katanya hati dia luluh apabila anak kesayangan dituduh mencuri.

Saya nak tengok cctv baru puas hati. Saya dah kena kecam satu Malaysia. Saya sebagai seorang ibu, maruah saya pun dah tercalar. Saya orang meniaga.

Saya marah ada sebab, saya ada dua anak. Hati ibu mana tak luluh bila anak balik bagitau dia kena tuduh mencuri. Saya minta maaf. Ini pengajaran untuk saya dan ada hikmah apa yang berlaku. Kira kes ini dah selesai ya.

Wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Kak Long’ memberitahu dia akan menarik semula laporan polis yang dibuat semalam.

Dah semak CCTV

Dalam perbualan itu, pekerja kedai tersebut turut mendedahkan anak wanita terbabit tidak mencuri selepas menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Malah katanya lagi, tidak ada kerosakan berlaku selepas anak kecil itu bertindak menendang barangan yang berada di kedai tersebut.

Wanita itu dengan tegas menyatakan yang dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika masih ada netizen yang menyebarkan rakaman video semasa dia membuat live memarahi staf kedai serbaneka semalam.

Terdahulu, video seorang wanita mengamuk kerana bengang anaknya dituduh mencuri telah tular di media sosial. Mana tidaknya, cara dia ‘menyerang’ staf kedai tersebut begitu lantang sehingga tidak memberi ruang langsung kepada para pekerja memjelaskan hal sebenar.

Lebih membuatkan netizen meluat adalah tindakannya yang membuat live di Facebook terlebih dahulu sebelum mula memarahi staf di kedai itu disamping perilaku anaknya yang membuang-buang barang di kaunter kedai berkenaan.

@kepekpisangg

Reply to @its_azri92 tengok sampai habis 🤟

♬ original sound – kepekpisang03 – kepekpisang03