Marissa Dania akui dirinya introvert – “Kalau saya tak jadi influencer, mungkin saya..”

Marissa Dania akui dirinya introvert – “Kalau saya tak jadi influencer, mungkin saya..”

 

Marissa Dania Hakim, 19, seorang pempengaruh dan anak kepada pasangan selebriti, mengakui dirinya seorang introvert, dalam video yang tular di platform TikTok semalam.

Introvert adalah seseorang yang lebih suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pada dirinya sendiri, tidak suka bergaul dalam masyarakat atau dunia luar. Mereka biasanya pendiam dan suka menyendiri.

Dia juga ditanya tentang pilihan kerjayanya sekiranya dia bukan seorang pempengaruh.

“Marissa minat business. Jadi Marissa mungkin akan run business,” jawabnya.

@lovaacosmetics.hq

2 soalan mengenai diri Marissa#lovaacosmeticshq #sakakeninglovaa #fyp #fypシ #xyzbca #masukberanda

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Namun, komen netizen menunjukkan pandangan yang berbeza. Ramai netizen berpendapat Marissa bukanlah seorang introvert, terutamanya susulan kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.

“Introvert mesti malu-malu. Kalau dah berani flirt dengan suami orang, itu bukan introvert,” kata seorang netizen.

Dalam masa yang sama, netizen juga menegur sikap pihak berkenaan yang mengambil kesempatan dalam isu Marissa dan Aslam.

“Sangat lucu dan memalukan bagaimana orang-orang ini memutuskan untuk mengutip dia setelah apa yang terjadi,” kata seorang netizen.