Asmuni ziarah mangsa kebakaran di Kg Seri Klebang Tambahan 3

Asmuni ziarah mangsa kebakaran di Kg Seri Klebang Tambahan 3
Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Perak di DUN Manjoi, Dato’ Asmuni Awi, telah menziarahi sepasang suami isteri, En Awi dan Puan Rokiah, yang terkesan akibat kejadian kebakaran di Jalan Melor 4, Kampung Seri Klebang Tambahan 3, petang semalam.
Kebakaran tersebut mengakibatkan kemusnahan terhadap tiga bilik tidur dan ruang tamu kediaman mereka, sekaligus menyebabkan kerosakan besar terhadap rumah yang dihuni. Puan Rokiah juga merupakan Ahli Jawatankuasa JPKK Kg Seri Klebang yang aktif dalam kerja kemasyarakatan di kawasan tersebut.
Dalam lawatan tersebut, Asmuni turut menyampaikan sumbangan peribadi sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kepada keluarga terbabit.
“Saya amat bersimpati dengan musibah yang menimpa keluarga ini. Saya harap sumbangan kecil ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka,” ujar beliau.
Difahamkan, keluarga ini kini ditempatkan sementara di sebuah homestay berhampiran sehingga urusan penempatan semula atau pembaikan rumah dapat dilaksanakan.
Asmuni turut memaklumkan bahawa pihak Pusat Komuniti DUN Manjoi akan terus memantau dan membantu menguruskan keperluan keluarga tersebut dalam tempoh pasca kebakaran.