“Mamat mana yang berani hon bini aku? Mesti kepala kotak macam adudu, aku harap bila dia bawa kereta traffic light semua merah!”

“Mamat mana yang berani hon bini aku? Mesti kepala kotak macam adudu, aku harap bila dia bawa kereta traffic light semua merah!”

 

Salam kepada pembaca semua. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi mengenai kisah rumahtangga saya. Nama saya Melur dan ini kisah tentang suami saya Ali. Semoga boleh diambil pengajaran dari kisah kami berdua.

Saya dan Ali sudah berkahwin selama 15 tahun masuk tahun ini. Perwatakan kami berbeza. Saya ekstrovert manakala Ali introvert.

Saya rasa ramai yang salah anggap tentang individu introvert. Mereka bukanlah pendiam. Kebanyakan mereka banyak bercakap tetapi dengan orang yang mereka selesa sahaja.

Mereka suka keluar cuma cepat penat dan perlukan masa bersendiri untuk cas tenaga semula. Mereka susah nak memulakan perbualan dengan orang asing disebabkan rasa janggal. Mereka boleh bersosial tetapi memerlukan sedikit masa berbanding dengan mereka yang ekstrovert.

Pada awal perkahwinan, saya juga antara manusia yang salah faham mengenai individu introvert. Saya paksa Ali untuk mengikut rentak saya. Laju dan sentiasa cergas. Akibatnya, kami sering bergaduh dengan alasan saya tak faham Ali dan Ali tak faham saya.

Itu adalah kesilapan pertama saya apabila mula berkahwin. Setiap manusia itu berbeza dan seharusnya kita saling melengkapi. Konklusinya, saya tidak memperlahankan rentak saya, Ali juga tak memercepatkan rentaknya untuk mengejar saya.

Contohnya, kalau hari cuti saya nak keluar dan pergi banyak tempat dalam satu masa. Saya tak boleh duduk melekat dekat rumah. Berbeza dengan Ali yang boleh keluar rumah tapi cuma pergi satu dua tempat je.

Saya tak seronok sebab saya rasa Ali ni tak vibing dengan saya. Pergi satu dua tempat dah letih. Maka Ali akan rasa serba salah dan try juga catch up tenaga saya.

Akhirnya dia burn out sebab terlalu penat dan saya tak bagi ruang pada dia untuk recharge. Keluar pagi balik malam. Bila saya dah faham keadaan dia, saya hanya keluar hari sabtu dan hari ahad saya biar Ali rehat dan recharge.

Kedua,

Saya buat pemerhatian bahawa sebahagian lelaki tidak suka berkongsi masalah dengan pasangan mereka.

Bukan sebab tak percaya tapi sebab mereka menganggap masalah itu akan jadi beban fikiran kepada isteri. Mereka merasakan wanita tidak mampu mengawal emosi sebaik mereka.

Tetapi malangnya, para isteri dapat mengetahui segalanya dari riak muka suami, tingkah laku mereka. Lebih lebih lagi mereka yang dah lama berkahwin.

Ali juga termasuk dalam golongan lelaki seperti itu. Contohnya, Kalau ada masalah dia tidak pernah bercerita.

Pada mulanya saya akan memaksa sampai dia buka mulut tapi lama kelamaan saya hanya membiarkannya sahaja. Saya bagi sokongan pada dia secara umum dan saya memudahkan urusannya.

Saya tolong kemaskan rumah (bahagian dia), saya masak lauk kegemaran dia, saya biarkan dia banyak rehat, saya teman dia buat kerja. Sampailah satu hari tu dia minta pendapat saya.

Saya berikan pendapat saya dan berkongsi penyelesaian kepada masalah dia. Sejak dari itu, kalau ada apa apa masalah dia akan jujur cerita pada saya.

Beza antara lelaki dan wanita adalah lelaki apabila berkongsi masalah dia perlukan penyelesaian manakala wanita bila meluahkan sesuatu dia sebenarnya tak perlukan penyelesaian.

Wanita cuma mahu lelaki menjadi pendengar yang baik dan memberikan reaksi positif kepada cerita mereka.

Contohnya, kalau wanita meluahkan perasaan marah. “You tahu tak apa yang jadi pada i harini? I dah lah lambat masuk kerja, jalan jam pastu ada seorang mamat ni main hon hon. Sabarlah macam dia seorang je yang lambat dalam dunia ni, orang lain pun lambat!”.

Pada fikiran lelaki oh mungkin isterinya memerlukan penyelesaian jadi dia pun jawab “sebab bukan cuti sekolah, jalan memang akan jam. You gerak lah awal sikit esok”.

Kebanyakan wanita akan turn off sebab mereka tak perlukan penyelesaian pun cuma nak luahkan sahaja. Dia tahu je yang dia kena gerak awal kalau tak nak sangkut jam.

Reaksi sepatutnya adalah “mamat mana yang berani hon bini i? Mesti kepala kotak macam adudu. I harap bila dia bawa kereta traffic light semua merah!” Lelaki kena bagi same energy untuk wanita.

Ali juga sama macam lelaki lain dan saya juga termasuk dalam golongan wanita di atas tadi.

Saya jelaskan pada Ali apa yang saya nak dia buat bila saya bercerita. Lama kelamaan dia return the same energy as me. Saya pun rasa lega bila meluahkan sesuatu.

Ketiga,

Isteri tak boleh berharap bahawa suami akan faham apa yang ada dalam fikiran kita. Fikiran lelaki adalah lurus seperti highway dan fikiran kita adalah seperti jalan nak pergi cameron highland. Nyatakan dengan jelas apa yang kita suka dan tak suka.

Kalau kita berkias pun mereka takkan faham. Walaupun kita dah kahwin 30 tahun, belum tentu suami boleh baca fikiran kita. Ada dalam kalangan wanita yang bersifat kompleks. Tak nak maksudnya nak. Tak suka maksudnya suka.

Kalau suami boleh faham tak ada masalah tapi kebanyakan yang terjadi “abang tak beli lah sebab sayang kata tak nak tadi?” Bagi saya daripada sakit hati kita straight to the point je lah kan?

Keempat,

Lelaki juga suka dipuji dan dimanjakan oleh hadiah. Seperti mana kita perempuan yang sentiasa nak dipuji suami begitulah mereka sebaliknya.

Bila kali terakhir para isteri yang membaca ni puji suami anda? Tak perlu keterlaluan, cukup sekadar “handsomenya you harini, wanginya, rambut you nampak kemaslah, warna ni sesuai dengan you” pujian dari isteri dapat boost semangat para suami.

Kadang kadang suprisekan dia dengan hadiah. Tak perlu mahal pun. Kalau macam saya, selalu belikan aiskrim/makanan yang Ali suka. “I belikan aiskrim yang you suka dalam peti, nanti makan tau”.

Benda benda kecil macam ni pun sebenarnya dah boleh bahagiakan mereka. Suami juga nak rasa dihargai.

Tetapi suami juga janganlah berat mulut untuk puji isteri. Give and take. Ada suami rasa macam segan nak puji sebab tak biasa.

Ada pula suami berharap isteri faham pujian itu melalui tingkah laku mereka. Isteri faham cuma sekali sekala kata kata itu dapat meringankan beban emosi mereka.

Contohnya, isteri masak kemudian suami tambah 3 kali itu tandnya sedap. Tapi suami diam tak puji.

Berbeza kalau suami tambah 3 kali lepas tu puji “yang, sedap you masak lauk ni, simpan kalau ada lebih esok i nak makan lagi” percayalah penat memasak tadi hilang semua. Silap hari bulan tiap minggu dia masak lauk tu.

Kelima,

Lelaki juga boleh menangis. Ali dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan sifat maskulin dalam diri.

Daripada kecil lagi dia dah disuapkan oleh kata kata bahawa lelaki tidak boleh menangis. Lelaki kena tetap kuat. Tidak boleh lemah. Jadi lepas kahwin dengan saya dia masih bawa mentaliti begitu.

Bila dia meluahkan perasaan dia, saya nampak dia tahan air mata jadi saya gosok belakang dia dan minta dia untuk menangis. Ali menangis teresak esak. Melepaskan segala emosi. Menangis tu bukan tanda kita lemah. Itu tandanya kita manusia yang normal.

Manusia kuat juga boleh menangis. Manusia yang lemah itu adalah manusia yang tidak mampu menangis. Menangislah kan kau juga manusia, mana ada yang bisa berpura pura sempurna.

Keenam,

Jangan suka membandingkan. Di sosial media semua orang akan tunjukkan kebahagiaan semata mata. Hanya 1% yang ditunjukkan ke dunia. Jangan suka membandingkan apa yang mereka dapat dengan apa yang kita terima.

Banyak saya tengok video suami suprisekan isteri dengan hadiah mahal kemudian buka di ruangan komen ramai juga para isteri tag suami mereka. Kalau suami berkemampuan tiada masalah.

Tapi kalau tidak mampu, suami juga akan rasa insecure seolah olah mereka tak mampu memberikan kehidupan yang terbaik untuk isteri mereka. Seolah olah isteri tidak nampak usaha yang dilakukan oleh mereka untuk senangkan isteri.

Para suami juga jangan salah anggap. Lumrah wanita suka dimanjakan. Isteri tidak memerlukan hadiah mewah. Kalau luangkan masa sambil jalan jalan makan aiskrim pun mereka dah cukup bahagia.

Duduk rumah sambil tengok movie berdua pun dah cukup, pergi kedai eco pun isteri dah teruja. Bahagia itu subjektif.

Sebagaimana anda ingin dimanjakan isteri, begitu juga lah apa yang diinginkan oleh isteri anda. Yang penting kita kena selalu bersyukur dengan sekecil kecil pemberian. Itu adalah lebih bermakna.

Perkahwinan itu adalah satu proses memahami antara satu sama lain. Saya perhatikan perkahwinan ibu bapa saya bertahan selama 47 tahun adalah disebabkan mereka bertolak ansur dan sentiasa menghargai antara satu sama lain.

Perkahwinan juga adalah proses pembelajaran. Setiap hari kita belajar untuk jadi suami/isteri yang lebih baik. Perkahwinan itu melibatkan perjuangan dua jiwa. Kalau hanya tinggal satu jiwa yang berjuang, lama lama akan terlerai juga ikatan tu.

Kalau pasangan anda curang, ketahuilah anda tidak ada kurang dimana mana. Anda sempurna seperti bidadari/bidadara juga tetap akan dicurangi kerana manusia itu sifatnya adalah tidak puas.

Anda boleh ada 80% kualiti yang baik tapi tetap pasangan anda nak cari 20% kualiti yang anda tiada itu pada orang lain.

Setakat ini itu sahajalah cara saya untuk bertahan selama 15 tahun dan semoga ke akhir hayat.

Saya doakan bahawa penceraian adalah solusi terakhir untuk setiap masjid yang dibina. Selalulah doakan supaya Allah tidak membolak balikkan hati kita dan pasangan.

Jangan terlalu sayangkan suami/isteri melebihi cinta kita kepada Allah sebab hati manusia dipegang olehNya. Allah selalu menguji dengan sesuatu yang kita paling sayang.

Semoga tips saya ni dapat memberi manfaat kepada para pembaca disini. Maaf sebab panjang sangat. Ada masa saya akan berkongsi pengalaman lain.

– Melur (Bukan nama sebenar) via IIUMC