“Mama minta maaf suruh korang buat banyak kerja, kalau suatu hari nanti mama tiba-tiba dah tak ada lagi..”

“Mama minta maaf suruh korang buat banyak kerja, kalau suatu hari nanti mama tiba-tiba dah tak ada lagi..”

 

Saya mungkin ibu yang kejam kerana:

  1. Anak² saya bergilir setiap malam. Selepas makan malam, seorang akan basuh pinggan mangkuk, periuk kuali. Seorang lagi buang sampah, kunci pagar.
  2. Saya suruh anak² gaul nasi dengan ikan bagi kucing² kat rumah makan. Atau bersihkan sangkar. Saya cakap sama² bela, so tak adil kalau mama seorang je yang menguruskan kucing.
  3. Anak² basuh kasut sekolah sendiri.
  4. Selepas makan, basuh sendiri, lap dan kemas sendiri kalau tumpah.
  5. Kemas bilik, lipat baju sendiri, jemur kain baju. Hari minggu diorang basuh sendiri baju sekolah, clorox, nila, jemur sendiri.
  6. Baju sekolah pun gosok sendiri sejak Darjah 4.
  7. Nak minum air manis, buat sendiri.
  8. Ajar anak-anak guna dapur, baru belajar basic je goreng telur.
  9. Petang² siram pokok
  10. Seminggu @ 2 minggu sekali sental bilik air kat dapur sebab diorang je yang selalu guna bilik air tu.
  11. Saya tak pernah rebus air panas untuk anak-anak mandi pagi sebelum pergi sekolah. Mandi je air sejuk. Menangis pun menangislah.
  12. Time diorang tak busy, akak minta tolong packing magnet. Upahnya duit atau belanja makan.

‘Kejam’ tapi hasilnya:

  1. Anak² dh ada rasa tanggungjawab. Dah pandai basuh pinggan sendiri. Satu hari akak speechless sebab anak yang 5 tahun selepas mkn dia basuh sendiri. Bersih dia basuh. Dia kata dia tengok Along basuh, dia tiru.
  2. Kebetulan friskies kat rumah habis. Angah ajak pegi kedai runcit beli friskies RM2 guna duit tabung dia, dia kata kesian ada kucing kurus dengan anak² kecil kat sekolah.
  3. Si kenit yang 5 tahun itu bangun awal betul hari minggu tu. Mama yang ngantuk sebab bangun awal terlelap kat bilik. Last-last dia kejutkan minta buka pintu sebab nak jemur kasut. Dia dah siap basuh kasut sekolah pukul 8 pagi!!
  4. Suatu hari nampak si kecil kalut dengan kain, mop, rupanya air dia tumpah dan dia nak lap sendiri.
  5. Petang tu cari kenit tak jumpa. Rupanya kat luar angkat kain baju yang dia punya je. Dia longgok kat depan TV, pastu dia lipat sendiri sambil tengok Ultraman. Kemudian angkut dan simpan dalam robok dia.
  6. Anak-anak dah pandai gosok baju sekolah untuk seminggu terus pada hari hujung minggu.
  7. Bukan setakat dah pandai buat air milo, nescafe atau teh, diorang juga dah pandai buat aiskrim Malaysia. Kadang-kadang perisa milo, nescafe atau jagung. Yang selalu jadi kepala si Along. Tengah hari boleh pula diorang bancuh teh o ais satu jug.
  8. Dah pandai goreng telur. Diorang minta ajar masak nasi dengan maggi pula.
  9. Anak-anak pula yang tanya. Mama pokok tu dah siram ke? Mama bendi tu dah besar, Angah petik ye.
  10. Kenit balik sekolah bukan main lama dia mandi. Akak bebel dia mandi lama-lama. Dia kata bukan mandi, tapi basuh bilik air. Tengok ni bersih dah. Yup, terkejut time tu. Dengan lubang jamban sekali dia sental. Dia tak geli pun. Putih berkilat.
  11. Sekarang nak pergi sekolah pagi-pagi kenit mandi air sejuk. Pukul 6 pagi, relaks je.
  12. Sesekali akak bawa diorang pergi Mr DIY. Akak bagi diorang duit sikit, upah diorang tolong akak buat kerja. Belilah apa yang diorang suka tapi bermanfaat. Selalunya diorang beli stationary atau buku. Pernah juga anak tolak bila akak bagi duit upah. Anak cakap, “Tak apalah mak, Angah iklhas tolong mama sebab mama pun penat buat kerja”.

Yang kita ajar adalah tanggungjawab. Rasa berdikari dan tak payah disuruh. Kita nak pupuk rasa sayang anak-anak pada persekitaran kita. Anak-anak akan buat tanpa rasa kekok kalau dia dah terbiasa.

Dan anak-anak akak tu semuanya lelaki. Dan kerja-kerja yang akak ajar diorang buat itu dari zaman berzaman tok nenek kita duk ajar kerja anak-anak perempuan. Maka anak lelaki nak buat apa pun tak reti. Bila dia dah besar, pinggan sebiji pun dia akan tinggal untuk mak atau bini yang basuh.

Suatu hari akak panggil anak-anak. Akak cakap,

“Mama minta maaflah kalau mama suruh korang buat banyak kerja. Mama cuma nak korang pandai berdikari.

Kalau suatu hari nanti mama tiba-tiba dah tak ada lagi, sekurang-kurangnya korang dah pandai hidup sendiri.

Harap-harap kekal perangai diorang ini sampai besar.

Sumber: Aina Yusof