Malaysia merupakan negara ke-7 paling bahaya memandu dalam dunia

Jalanraya paling tidak selamat di dunia ialah di Afrika Selatan, di mana ada 25.9 kematian untuk setiap 100,000 penduduk dan 57.7 peratus dari kemalangan itu membabitkan pemandu mabuk.
Thailand meraih tempat kedua sebagai jalanraya paling merbahaya di dunia. Sebanyak 32.7 kematian untuk setiap 100,000 orang penduduk.
Kemalangan jalanraya di Thailand adalah disebabkan jalanraya yang tidak diselenggara dengan baik, keadaan lalulintas yang sibuk dan kadar kelajuan maksimum yang tinggi di negara itu – 120 kmsj.
Thailand juga membenarkan kadar alkohol yang lebih tinggi dari kebanyakan negara, ialah 0.05g/dL (gram per decilitre).
Amerika Syarikat berada di tempat ketiga dan ia mempunyai kadar alkohol yang lebih tinggi, 0.08g/dL serta halaju maksimum yang juga tinggi – 137 kmsj untuk beberapa lebuhrayanya.
Malaysia berada di tempat ketujuh dengan kadar kematian 23.6 maut untuk setiap 100,000 penduduk dan kadar alkohol yang sama tinggi dengan Amerika Syarikat – 0.08g/dL.
Zutobi.com ialah sebuah syarikat global yang menyediakan pendidikan atas talian untuk pemandu-pemandu di US, UK, Sweden, Australia, Perancis dan Jerman.
Di bawah ialah senarai ringkas 10 jalanraya paling merbahaya di dunia:
- Africa Selatan
- Thailand
- Amerika Syarikat
- India
- Argentina
- Bosnia and Herzegovina
- Malaysia
- Croatia
- Macedonia Utara
- China
Untuk melihat laporan kajian sepenuhnya, layari pautan di bawah.