“Malaysia helwah! Helwah!” – Ramai sebak lihat reaksi kanak-kanak Palestin ketika tiba di Malaysia

“Malaysia helwah! Helwah!” – Ramai sebak lihat reaksi kanak-kanak Palestin ketika tiba di Malaysia

 

‘Malaysia helwah.’ Itu ungkapan rasa teruja dilontarkan kanak-kanak lelaki dipercayai rakyat Palestin ketika meninjau daripada tingkap sebuah pesawat.

Perkongsian video itu tular di media sosial sejak semalam namun tiada keterangan lanjut mengenainya.

Berdasarkan video berkenaan, orang ramai mendakwa kanak-kanak lelaki itu berasal dari Palestin antara penduduk negara bergolak itu yang dibawa ke Malaysia, semalam bagi menjalani rawatan perubatan.

Kanak-kanak lelaki memakai t-shirt berwarna putih itu dilihat melontarkan ayat ‘Malaysia helwah’ sambil tersenyum gembira yang mana ‘helwah’ dikatakan membawa maksud manis, cantik dan indah.

@05sisnizalove

Simpan disini.. ALLAHHU AKBAR Syukur Alhamdulillah.. HASBUNALLAH WANI’MAL WAKIL NI’MAL MAULA WANI’MAN NASIR

♬ bunyi asal – SisNizaLovingShop – SisNizaLovingShop

Video itu menunjukkan kegembiraan kanak-kanak itu yang jelas terpancar pada wajahnya apabila berjaya tiba di negara ini dan ia meruntun hati netizen yang turut berterima kasih kepada kerajaan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang melaksanakan misi murni berkenaan.

Menyemak di ruangan komen, orang ramai mengalu-alukan kedatangan penduduk Palestin untuk mendapatkan bantuan perubatan dan mengakui terharu dengan usaha kerajaan.

Pengguna TikTok @Pablo berkata, malam ini adalah malam pertama kumpulan terbabit merasai kesunyian (tanpa bedilan bom dan asakan tentera zionis) dan berasa aman serta dapat tidur yang nyenyak meskipun hanya sementara.

Ayien pula memberitahu maksud helwah adalah manis, cantik dan indah serta ia turut mendapat balasan komen daripada @weee yang mengatakan kanak-kanak itu bercakap sedemikian mungkin kerana indahnya Malaysia tanpa peperangan.

@POCK@1627 menulis, “Masyahallah betapa gembiranya anak Palestin dapat datang ke Malaysia, kita boleh tengok raut wajahnya. Terima kasih PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kabinet menteri Malaysia yang bertungkus lumus membawa rakyat Palestin ke Malaysia.”

Sementara itu, @Daddywan50 berkata, ” terpancar kegembiraan di wajah anak Palestin ini bila nampak tanah air Malaysia. Helwah bermaksu cantik,” tulisnya.

@nurasrar turut menulis dirinya berbangga menjadi rakyat Malaysia dan berterima kasih kepada wira negara.

Terdahulu media melaporkan, dua pesawat TUDM yang diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang, petang semalam.

Semua rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia seramai 127 orang, terdiri daripada 41 pesakit dan diiringi oleh 86 waris.

Pada 4 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.