Malaysia bangkit dengan gerakan ‘virtual war’, #IsraelKoyak kini memenuhi ruang laman sosial

Malaysia bangkit dengan gerakan ‘virtual war’, #IsraelKoyak kini memenuhi ruang laman sosial

Selain daripada wabak Covid-19, dunia kecoh setelah digemparkan tentang berita serang balas di antara Palestin dan Israel. Masjid Al-Aqsa telah diserang pada malam Isnin ketika umat Islam sedang menunaikan solat terawih.

Malah, Israel turut bertindak melepaskan bom sehingga menyebabkan kematian berpuluh-puluh rakyat Palestin setakat ini dan ratusan rakyat cedera akibat tindakan kejam itu. Ini membangkitkan kemarahan seluruh dunia terutama buat negara Islam seperti Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan Israel.

Rakyat Malaysia termasuklah ramai selebriti tempatan dilihat tidak putus-putus membuat sebaran tentang apa yang terjadi di Palestin sejak beberapa hari lepas. Dunia patut tahu dan ambil berat dengan ketidakadilan yang berlaku di bumi Palestin. Lebih lagi, pencerobohan ini berlaku di bulan Ramadan, bulan mulia buat umat Islam. Tindakan membakar Masjid Al-Aqsa adalah sesuatu yang keji.

Terbaru, poster #IsraelKoyak memenuhi laman sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook. Malah di Twitter, tanda pagar “Israel Koyak” trending dengan hampir 40 ribu ciapan mengenainya setakat jam 8 malam. Angka itu dijangkakan meningkat sehingga tengah malam nanti.

 

Ini adalah cara Malaysia melancarkan “perang” terhadap Israel. Rata-rata rakyat Malaysia berkata mereka tidak mampu untuk turun sama berperang secara fizikal bersama dengan saudara se-Islam mereka di Palestin tetapi rakyat Malaysia sentiasa menyokong dan bersama-sama Palestin dalam menentang keganasan dan ketidakadilan.

 

Menerusi perkongsian Fedtri Yahya melalui laman Instagramnya, “Virtual War” ini bermula dari pukul 4.59 petang sehingga 11.59 malam. Rakyat Malaysia diminta untuk memuat naik poster ini sebanyak mana yang mereka boleh di laman sosial mereka sebagai langakah untuk “menggegarkan dunia”. Ini adalah bukti rakyat Malaysia bersatu demi Palestin. Setakat ini, poster ini dilihat telah dikongsikan oleh beberapa artis ternama negara serta influencer-influencer terkenal.

Kita doakan agar suara kita didengari dunia dan semoga doa kita semua diangkat dan dimakbulkan. Kami di Malaysia akan sentiasa memberikan sokongan buat saudara kami di Palestin.

Sumber: Twitter, Fedtri Yahya, KoolFM