‘Makhluk asing’ warna biru hanyut di pantai
Hidupan laut dengan rupa seakan-akan makhluk asing, Blue Fleet dilaporkan hanyut dalam jumlah besar di pantai timur Australia, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.
Menurut pelajar biologi marin yang juga seorang jurugambar, Lawrence Shceele, habitat asal Blue Fleet atau nama saintifiknya, blue glaucus itu biasanya terletak di laut dalam.
Shceele berkata, angin kencang yang melanda timur laut Sydney baru-baru ini mungkin menyebabkan hidupan itu dihanyutkan ke pesisir pantai tersebut.
Difahamkan, Shceele telah mengikuti perjalanan hidupan yang dinamakan Blue Fleet itu dari Queensland Utara pada musim panas lalu sehinggalah ke pantai timur Sydney.
“Makhuk berwarna biru yang cantik ini dihanyutkan di perairan Sydney hari ini. Mana satu kesukaan anda?,” kongsi Scheele di laman Instagram.
Biarpun bersaiz kecil iaitu kira-kira satu sentimeter, hidupan ini memiliki sifat sama seperti obor-obor jenis Portuguese man-o-war yang boleh menyebabkan kesakitan teruk kepada seseorang sekiranya disengat.
“Sesetengah hidupan jenis ini adalah berbisa, jadi lebih baik tidak disentuh.
“Blue Fleet juga sangat kecil, jadi berhati-hatilah jika terjumpa hidupan ini di tepi pantai,” tambah Scheele. – Agensi