Makan bersuap & berpeluk, netizen terharu lihat Marissa berkumpul bersama keluarga

Makan bersuap & berpeluk, netizen terharu lihat Marissa berkumpul bersama keluarga

Air dicincang tidak akan putus, peribahasa itulah yang paling sesuai untuk menggambarkan tali kekeluargaan yang tidak akan terputus meski pelbagai pancaroba terpaksa dilalui.

Begitulah yang terjadi kepada anak Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania, di mana banyak kontroversi yang melanda dirinya tetapi dia masih diterima baik oleh keluarganya.

Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh Abby Abadi di laman Instagram miliknya, Dania dilihat mesra berpelukan dengan ibunya itu malah dalam acara itu Norman Hakim juga membawa isterinya, Memey Suhaiza.

Ada juga video yang memaparkan Norman menyuap makanan kepada Marissa dan melayan anak perempuannya itu tanpa kekok.

“Macam mana pun tetap anak”

Video tersebut membuatkan ramai netizen terharu dengan hubungan kekeluargaan yang ditonjolkan oleh Abby Abadi serta Norman Hakim meskipun anak perempuan mereka itu terpalit dengan kontroversi berkaitan hubungan peribadinya.

1 6

Malah, ramai yang merasakan pelakon drama bersiri Gerak Khas itu menunjukkan contoh yang baik sebagai ibu bapa.