“Mak suruh isteri aku berdikari, bila isteri nak bersalin aku buat tak tau je, akhirnya aku sendiri yang menyesal”

“Mak suruh isteri aku berdikari, bila isteri nak bersalin aku buat tak tau je, akhirnya aku sendiri yang menyesal”

 

Assalam semua pembaca. Aku Hairi, kisah yang aku nak cerita ni kisah yang baru jadi kat diri aku. Aku baru je bercrai dengan isteri aku atas eg0 dan silap aku sndiri.

Aku harap bekas isteri aku dapat maafkan aku dan beri aku peluang untuk jadi suami yang baik untuk dia. Aku dan dia dah berumah tangga 2 tahun dan dikurniakan seorang puteri.

Aku pjj dengan dia di sebabkan kerja, aku di KL dan dia guru dia utara. aku duduk dengan family aku, dia duduk dengan family dia kat utara.

Aku ada je nak pindah duduk kerja sana dengan dia tapi mak aku tak bagi, macam2 dia ugut aku.

Aku pun bod0h ikut je, sampaikan hati isteri aku sendiri aku abaikan. Masa dia mengandung aku langsung tak ambil tahu sebab aku terlalu ikut semua cakap mak aku biarkan bini berdikari. Nafkah pun aku bagi RM200 je sebulan. Barang baby satu pun aku tak pernah beli. One day aku dapat tau wife aku dah melahirkan.

Dia ada bagi tau malam sebelum dia melahirkan dia rasa macam nak bersalin tapi aku buat tak tahu dan terus tidur.

Isteri aku selamat melahirkan puteri kami jam 6 pagi dan aku sampai sana jam 5 petang.

Betapa kejamnya aku tak ade masa dia perlukan aku. Aku tau dia terasa tapi aku buat tak nampak tanpa ada kata maaf. Bod0hnya aku, tiap2 bulan kami bergaduh hanya sebab nafkah yang aku bagi pada dia. Dia cakap aku lepaskan tanggung jawab semua pada dia.. mase ada anak aku hanya bagi RM150 pada dia.

Aku terlalu ikutkan apa mak aku cakap sebab mak aku cakap wife aku bekerja dan duit tu boleh bagi kat mak aku untuk beli barang lain. bod0hnya aku waktu tu.

Lama kelamaan wife aku stop wasap aku kol aku tapi aku anggap benda biasa sampai la satu hari mak aku kol kata ada surat dari mahkamah.

Wife aku minta cerai, masa tu aku rasa marah, aku pergi jumpa dia dan minta explain. Satu je dia cakap aku tak adil. Aku lebihkan mak aku dan aku ketepikan hak dia dan masa tu juga aku terus ceraikan dia, bod0hnya aku waktu itu.

Aku terlalu eg0. 2 minggu lepas kejadian tu aku mula rasa rindu dengan dia. aku rindu dia kol aku, aku rindu dia merajuk dengan aku. Aku rindu semua tentang dia, masa tu baru aku sedar yang aku dah hilang orang terima aku seadanya.

Untuk pengetahuan korang aku ni kerja kilang je. masa kami kenal aku tak ada kereta.Dia masih terima aku. dia kata dia nak susah senang dengan aku.

Zalimnya aku, dia belikan aku kereta secondhand untuk senang aku blik jenguk dia dan anak.

Tapi aku gunakan kereta tu untuk kesenangan mak aku pergi shopping. sekarang ni aku tak tau dia dah pindah mana.

Aku cuma nak mnta maaf dengan dia. aku tau korang akan kecam aku tapi niat aku cuma aku nak mnta maaf.

Aku tau kat hati dia takde ruang untuk aku kmbali walau macam mana aku pujuk pon.

Aku tau dia boleh dapat lelaki yang lebih baik dari aku, untuk bekas isteri aku Erina..

Abang tau awak ada dalam grup ni. maafkan abang atas kekilafan abang masa abang jadi suami awak.

Kalau ada jodoh diantara kita lagi abang bersyukur tapi kalau tiada abag redha sebab ini semua salah abang. pada lelaki di luar sana.

Hargailah isteri korang. jangan kerana eg0 dan kejar syurga seorang ibu korang hilang orang yang ikhlas bersama korang.

Aku harap kisah aku menjadi tauladan buat lelaki2 di luar sana.

Jangan jadi macam aku disebabkan eg dan dsebabkan aku rasa apa yang mak aku cakap selama ni betul aku kehilangan dia. Assalamualaikum.