“Mak mertua cubit peha anak aku sampai biru, waktu tu aku dah naik hantu, rambut adik ipar aku tarik, dgn penyapu bulu ayam aku pukul mak mertua sampai menangis2 dia..”

“Mak mertua cubit peha anak aku sampai biru, waktu tu aku dah naik hantu, rambut adik ipar aku tarik, dgn penyapu bulu ayam aku pukul mak mertua sampai menangis2 dia..”

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pembuka bicara aku Aina (bukan nama sebenar) mempunyai suami yang penyayang dan aku ada 2 pasang anak kembar. Kembar pertama sekarang usia tiga tahun, kembar kedua satu tahun.

Aku mempunyai keluarga mertua yang sangat jahanam perangai macam labi labi hehe.

Aku berkahwin dengan suami, ibu mertua tidak boleh terima aku kerana sebelum kami kawin ibu mertua sudah ada calon untuk suami aku. Tetapi suami aku tak nak dan tetap nak kahwin dengan aku.

Pendekkan cerita 3 bulan pertama perkahwinan aku aku sudah disajikan dengan penuh rasa kecewa dan kesakitan.

Pernah masakkan aku diletakkan selori garam, pernah juga tali pakaian dalam digunting, pakaian kena curi dengan adik ipar dan macam macam lagi. Kalau nak cerita semua memang tak habis.

Aku tinggal dengan mertua selama 7 bulan kerana suami aku masih dalam usaha mencari rumah sewa waktu tu.

Aku masih ingat seminggu selapas nikah aku pernah kena maki dengan mertua tanpa sebab. Ayat dia lebih kurang macam ni,

“Eh aku tak tahu lah kenapa ank aku boleh kawin dengan prempuan sundal macam kau ni”. Tidak tahu sebab dan kenapa ye tiba tiba dia sound derek macam tu.

Mak mertua aku ni tersangat lah baik ye dengan ‘menantu tak jadi’ dia tu. Boleh katakan hari hari datang rumah.

Aku juga pernah keguguran kerana mak mertua aku, sebab dia pernah tolak aku sampai aku terhumban dalam baldi,

Memang suami marah giila giila mengamuk macam orang giila marahkan mak dia sebab kan mak dia perangai macam tu.

Start dari kejadian tu suami bawak aku kluar dari rumah mak dia, kami cari rumah sewa.

Aku masuk hospital 3 hari sewaktu keguguran tu. Selepas keluar dari hospital, alhamdulillah dapat rumah sewa.

Penderitaan aku tak berhenti disitu sahaja. Suami aku walau pun dia maki mak dia cukup cukup waktu aku gugur, dia tetap juga maafkan mak dia.

Aku tahu suami aku anak yang baik. Dia juga suami yang baik, selalu menyebelahi aku saat aku tersakiti.

3 bulan selepas keguguran aku disahkan hamil lagi. Allah gantikan yang lebih baik, kembar lagi Allah gantikan.

Mak mertua selalu datang rumah melawat kami. Alasannya melawat kerana kami jauh dari rumah.

Suami selalu pesan, kalau sampai tahap boleh lawan, lawan je mak dia dan tolong jaga baby kita dengan baik.

Macam macam cara mertua dan ipar pernah buat, depan suami baik belakang suami.

Saya pernah dimasukkan julab dalam makanan dan nasib baik baby tak ada apa apa sampai suami terpkul adik perempuan dia yang ikut arahan mak dia tu.

Saya pernah kena pukul dengan penyapu oleh mertua. Saya juga pernah kena tumbuk dengan mertua dekat perut masa saya mengandung.

Pernah dicubit cubit oleh adik ipar dan ‘menantu tak jadi’ kesayangan mertua. Dan semua tu saya juga ada melawan sikit sikit.

Banyak sangat kejadian kejadian yang tak habis kalau nak cerita semua.

Selepas saya melahirkan anak kembar pertama saya, emosi saya jadi kurang stabil. Suka marah marah walaupun benda kecil dan suami lah yang jadi mangsa. Alhamdulillah suami memahami dan sentiasa menemani.

Saat anak kembar pertama saya umur satu tahun, mak mertua saya pernah cubit peha sampai biru sebab disebabkan anak saya tumpahkan susu

Saya tak tahu kenapa waktu tu saya naik hantu, marahkan mertua sampai saya menjerit satu taman boleh dengar.

Saya ambil remote tv baling ke dinding sampai pecah remote tv. Waktu tu adik ipar saya ada dia boleh pulak sound saya sebab marahkan mak dia .

Dalam hati, amboi perempuan ni memang nak kena. Saya apa lagi sound la jugak

Tengah gaduh gaduh mulut, dia terus datang nak tampar nak saya. Saya terus tarik rambut dia kuat sampai menangis nangis dia. Hahahahaha puas hati.

Kebetulan masa tengah gaduh suami balik suami leraikan pegaduhan tu. Habis dengan suami kena maki masa tu. Berbakul bakul saya bagi, senyap tak terkata mak mertua.

Esok selepas hari kejadian gaduh, mertua datang lagi dengan dua adik ipar perempuan dan ‘menantu tak jadi’ sebab nak serang saya.

Saya kena serang dengan dua ipar perempuan saya dan saya tetap lawan walaupun saya sakit.

Masa saya tengah bergelut, anak saya yang kembar sempat tembak makcik diorang dengan pistol cicak yang keluar peluru bulat bulat tu, hahaha.

Waktu tu memang saya gunakan kekuatan tenaga. Saya lawan sampai bangun, saya pkul pkul muka salah satu adik ipar saya sampai termengah mengah dia,

Waktu itu mak mertua saya makin galakkan anak anak dia pkul saya. Sampaikan pergaduhan ni dileraikan oleh jiran sebelah.

Saya hubungi suami, suami balik memang suami mengamuk teruk sampai dia pkul pkul adik dia pulak.

Saya masih ingat saat tengah tengok tv. Mak mertua ada dirumah saya waktu itu. Saya dipkul berkali kali dengan penyapu habuk bulu ayam tu.

Memang tak tahan. Saya ambil penyapu bulu ayam tu saya pkul pkul balik mak mertua sampai menangis nangis orang tua tu, hahaha.

Sekarang perangai saya dah berubah. Emosi saya jugak tidak stabil. Dulu pernah saya gaduh dengan suami sampai tendang suami sebab kan tersalah beli brand kicap.

Pernah jugak saya tumbuk muka suami sebabkan nak lepas marah pada mak dia tak sampai. Sampai naik lebam muka suami.

Sampai disini jelah saya dah tak larat nak menaip. – Aina (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Nana Dyana –
Report polis. Kunci pintu. Jangan bagi diorang masuk. Ajak suami pindah negeri lain sejauh jauh nya. Jangan bagi anak membesar dalam persekitaran macam tu

NuRaz Wan –
Ya Allah dik. Saya rasa awak kena ajak suami pindah jauh jauh atau dekat. Tapi jangan beritahu dekat mana pada mil dan keluarga suami.

Kunci pintu sentiasa dan jangan benarkan diorang masuk rumah, bahaya untuk awak dan bahaya juga untuk anak anak.

Sepatutnya, sebaik buat keputusan nak kahwini awak, suami dah sediakan rumah, beli atau sewa tak penting. Yang penting jangan buka ruang untuk pertelingkahn

Sekarang dah jadi macam ni, susah lah nak pulihkan keadaan.

Nur Hela –
Betul ke ni dik. Kenapa macam tak logik eh. Mak mentua hantu awak tu macam takde keje lain asyik lah nak wrestling dengan menantu.

Lepas ni time gaduh, rakam pastu hantar ke WWE mana tahu rezeki boleh orang tua kutuk tu jumpa Undertaker biar dia mengingati kubur sikit. haha

*maaf, tak berapa nak percaya.

Shaharulniza Shaharudin –
Sebab tu dalam berumahtangga ni kena ada rasa hormat yang tinggi.

Kita hormat mertua dan ipar duai, begitu jugak mereka hormat kita sebagai orang luar. Kena faham 2 keluarga yang berlainan didikan dan adab.

Balik rumah mertua, kita faham peranan kita sebagai menantu supaya maruah suami dijaga. Begitu jugak, jika mereka datang rumah kita perlu hormat, sebab kita ada rules yang kita dah set. Orang luar tak boleh nak ganggu.

Ainul Aqila –
Tahniah confessor sebab awak berani melawan mak mertua, adik ipar dan ‘menantu tak jadi’ mak mertua awak tu.

Jangan jadi lembik, kalau tak lagi teruk orang pijak kepala awak. Cuma kalau boleh jangan lah awak sakiti suami awak. Banyakkan bersabar ya.

Slow talk dengan suami untuk pindah jauhhhhhhhh dari situ. Kesian anak anak awak, nak kena hadap situasi macam tu.

Diri awak, emosi awak pun kena kesian kan jugak, takut lagi teruk awak akan sakiti suami awak nanti.

Bincang baik baik dengan suami. Report polis kalau boleh, sebab dah melampau sangat diaorang tu. Main serang gitu je dan selalu datang rumah awak.

Sumber via IIUMC