“Mak malu & jawab, dia seorang je kerja biasa” – Pemuda luah rasa terkilan, dapat layanan berbeza sebab tak jadi doktor

“Mak malu & jawab, dia seorang je kerja biasa” – Pemuda luah rasa terkilan, dapat layanan berbeza sebab tak jadi doktor

 

Seorang anak meluahkan isi hatinya yang begitu luluh kerana dipandang rendah oleh ibunya dan membuatkan dirinya rasa tak berguna.

Jelasnya, ibu bapanya tak pernah berbangga dengannya kerana kesemua 4 adik beradiknya bekerja sebagai seorang doktor.

“Mak selalu layan acuh tak acuh je kalau aku balik kampung. Bila duduk semeja, diaorang semua borak pasal medik.”

“Aku tak boleh nak join bila adik beradik aku borak sebab tak reti istilah medic tu semua.”

Ia membuatkan diri individu ini rasa terabai, lebih menyentap hatinya lagi adalah cara ibunya menjawab persoalan orang lain mengenai pekerjaannya.

“Mak aku macam malu dan jawab, dia seorang je kerja biasa-biasa. Hina sangat ke.”

Jelas individu yang bekerja sebagai software developer dalam sektor perbankan ini, ibu memandang kerjanya biasa sahaja dan tak ada jaminan.

“Selalu buang orang. Padahal bila aku kerja macam ni banyak work from home, boleh jaga dia, temankan dia, bawa dia pergi checkup kat hospital tapi dia tak pernah hargai. Kalau hari raya, lagi sedih.”

Katanya, adik beradik yang lain dan anak-anak mereka dilayan seperti raja, disuruh makan dahulu sedangkan dia kena buat kerja dapur baru dapat makan.

“Cuma aku sedih mak ayah aku tak pernah hargai aku. Tak pernah bangga dengan kehadiran aku compare dengan abang kak aku yang sibuk kerja.”

Si anak ini jadi dilema jika dia ingin meninggalkan group whatsapp adik beradik dek kerana terlalu terasa dengan sindiran kerjanya dan diperlekahkan.

“Dah jemu dengar ayat diaorang kau bukan MO, boleh lah itu ini. Salah ke kalau aku nak bawa diri jauh dari mak ayah aku sekejap. Aku betul-betul dah tak tahan.”

Setiap anak ada perasaan dan kesabaran juga, biarpun ibu bapa kita kena hormat, si ibu bapa juga kena mainkan peranan dalam menjaga hati dan perasaan anak mereka.