“Mak ayah ada 3 anak pun tak mampu adil” – Suami yang nak kahwin lebih dari satu, hadam pesanan ‘deep’ lelaki ini

“Mak ayah ada 3 anak pun tak mampu adil” – Suami yang nak kahwin lebih dari satu, hadam pesanan ‘deep’ lelaki ini

 

Isu poligami di Malaysia ni agak sensitif dan seringkali disebut-sebut oleh orang ramai terutamanya bila ada selebriti atau influencer yang kahwin lebih daripada seorang.

Ramai beranggapan bila suami pasang lebih dari satu, lelaki tu sebenarnya telah curang dengan isteri pertama.

Satu video yang tular di TikTok memaparkan seorang lelaki bernama Asnawi Hamdan memberi pesanan kepada para suami supaya belajar bab agama lebih mendalam jika terfikir mahu berpoligami.

Dalam video itu, dia menjawab satu kenyataan daripada netizen yang berkata ‘hanya lelaki mati pucuk cukup satu, sebab fitrah laki nak ramai’. Jadi, dia memberi pendapat melalui Surah Yasin, ayat ke-36.

Dia berkata, dalam ayat tersebut ada menyebut tentang ‘berpasang-pasangan’ namun perkataan itu tidak bermaksud untuk suami berkahwin lebih daripada satu.

Tak ada kata ‘berpasang-pasangan’ ni perlu lebih daripada satu. Kalau kau faham Bahasa Melayu pun, berpasang.. a pair of.. berpasangan ni ada dua.

Jika ada yang ingin membahas menggunakan Surah Al-Baqarah ayat ke-187, yang bermaksud “Kamu adalah pakaian bagi isteri-isteri kamu.”, ia harus difahami dengan lebih mendalam kerana terjemahan sebenar untuk perkataan ‘kamu’ itu merujuk kepada ‘lelaki yang ramai’.

Jadi, tengah cakap kepada lelaki yang ramai untuk isteri yang ramai. Takkan lelaki yang ramai untuk satu isteri?

Selain itu, ramai orang menggunakan dalil Surah Nisa ayat ke-4 yang bermaksud, “berikan perempuan-perempuan itu mas kahwin-mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib” tetapi perlu melihat terlebih dahulu ayat sebelumnya yang menjelaskan tentang keadilan terhadap isteri.

Jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim maka pilihlah satu, atau dua, atau tiga, atau empat… Jadi kau kena alert sebab Bahasa Arab dia guna perkataan ‘dan’. Kalau fikir tak ikut lurus, kau akan ambil ‘dan’.. ‘dan satu, dan dua, dan tiga, dan empat’.

Ayat seterusnya pula memberitahu tentang kebimbangan jika takut untuk berlaku adil terhadap isteri-isteri maka perlu berkahwin seorang sahaja.

Fitrah manusia tu bang, adil tu tak ada dalam diri manusia. Sebab iman kita naik turun, apatah lagi keadilan diri kita. Terhadap diri sendiri pun kadang-kadang tak adil apatah lagi keadilan untuk orang lain.

Mak bapa tak mampu bagi kasih sayang yang adil kepada anak-anak, apatah lagi dua bini bang? Kat situ kena faham.

Dalam Surah Nisa ayat ke-129 juga menegaskan sekali lagi mengenai ketidakmampuan seorang suami untuk berlaku adil kepada isteri,

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kami sangat ingin berbuat demikian, kerana itu jalanlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai).

@asnawihamdan

Replying to @EditYouLove fitrah berpoligami #awarenes #marriage #rumahtangga #asnawihamdan #kenakkenalukis

♬ original sound – Asnawihamdan – Asnawihamdan

Sekali lagi, dia menegaskan untuk para suami supaya belajar dengan lebih mendalam mengenai ajaran Islam.

Kalau kita nak ikut agama, ikut habis-habis. Jangan ikut separuh-separuh, itu namanya penunggang. Nak ikut penuh, ikut penuh. Kau pergi check statistik mahkamah syariah,apa punca perceraian? Pihak ketiga.

Dia juga memberi satu lagi dalil riwayat Muslim, nombor 1403 mengenai seorang lelaki perlu mendatangi isterinya apabila terlihat wanita lain yang lebih menarik. Ia bagi menolak rasa yang ada dalam hatinya.

Poligami 2

Bila kau sebut fitrah, bang.. dia memisahkan antara kehendak dan keperluan. Apa lawan kepada fitrah? Nafsu. Contoh, fitrah aku makan satu pinggan.. cukup. Ada orang sampai tiga pinggan. Takkan fitrah dia tiga? Mungkin tu nafsu dia.

Di akhir video, dia menegaskan sekali lagi bahawa dia tidak mahu mempersoalkan hukum fiqah yang membenarkan lelaki kahwin lebih daripada seorang tetapi kaedah untuk berpoligami itu yang mungkin salah.

Kebiasaan orang yang kahwin lebih daripada satu ni, permulaan dia tu dah salah. Kalau nak buat, kau buat. Jadi, kau study dulu.. tanya orang yang pernah berpoligami, tanya bini mereka dan tanya anak-anak mereka. Bila kau dah buat, baru kau faham.

Di ruangan komen, ramai netizen menyokong cara lelaki ini memberi penjelasan mengenai poligami.

Poligami 3

Panjang abang ni explain, tapi min sokong apa yang dia cakap..