Majlis bersalaman Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri bersama kakitangan Istana Negara buat ramai sebak
Umum mengetahui, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan berangkat pulang ke Pahang hari ini selepas 5 tahun menggalas tugas tersebut.
Seluruh rakyat Malaysia terkesan dengan keberangkatan YDPA dan Permaisuri Agong memandangkan baginda berdua sangat ramah atau dalam kata lain pemimpin yang berjiwa rakyat.
Sebuah video tular di TikTok apabila suasana hiba menyelubungi pegawai serta kakitangan istana ketika majlis bersalaman dengan YDPA serta Permaisuri Agong, baginda berdua turut dilihat mengalirkan air mata dalam majlis tersebut.
@sophianabrahman77 Majlis Bersalaman Bersama Pegawai dan Kakitangan Istana Negara. Allah peliharakanlah Raja patik dunia & akhirat. Dauat Tuanku 🙏
“Majlis Bersalaman Bersama Pegawai dan Kakitangan Istana Negara. Allah peliharakanlah Raja patik dunia & akhirat. Dauat Tuanku,” tulisnya di kapsyen.
Video yang dikongsikan oleh @sophianabrahman77 di TikTok itu dipenuhi dengan komen yang menyatakan rasa sedih serta pilu dalam upacara tersebut.
Ramai juga yang tidak dapat menahan sebak melihat video tersebut serta mengakui bahawa keberangkatan baginda berdua memberi kesan yang amat mendalam kepada semua rakyat Malaysia.
Sebagai info, selepas ini Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari nanti.