Main-main brek & tayang kayu, polis buru pemandu ‘King’ samseng

Main-main brek & tayang kayu, polis buru pemandu ‘King’ samseng

 

Satu kertas siasatan dibuka berhubung kes pemandu Myvi putih yang memandu secara berbahaya dan bertindak menghayun sebatang kayu kepada pemandu lain, di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), seperti yang tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki, pada 9 malam tadi, susulan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Perodua Myvi itu.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu, di Jalan MRR2, berhampiran Taman Layang-Layang, namun secara tiba-tiba sebuah Perodua Myvi berwarna putih yang berada di hadapan, bertindak membrek sedikit demi sedikit.

“Ia menyebabkan mangsa hampir berlanggar dengan kereta terbabit sebelum suspek mengeluarkan sebatang kayu panjang melalui tingkap keretanya sambil menjerit-jerit, namun mangsa tidak pasti apa yang dituturkan lelaki itu.

“Mangsa mengabaikan perkara itu dan meneruskan pemanduan seperti biasa, namun kejadian yang dialami mendatangkan kegusaran kepadanya,” katanya dalam kenyataan.

Beh berkata, polis kini sedang mengesan suspek dalam video dirakam mangsa untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Ahmad Syukor di talian 012-76774731 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482222,” katanya.

@utusantvofficial

Tiada info masa/tarikh kejadian, video dimuat naik oleh anaangel1994 kira2 6 jam lepas. #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV