Mahkamah Perancis dakwa syarikat pertahanan Thales terlibat rasuah jual kapal selam era Najib

Mahkamah Perancis dakwa syarikat pertahanan Thales terlibat rasuah jual kapal selam era Najib

 

Seorang hakim Perancis telah mendakwa syarikat multinasional pertahanan Thales kerana terlibat dalam rasuah berhubung penjualan kapal selam ke Malaysia pada tahun 2002, sumber yang rapat dengan siasatan itu memberitahu AFP pada Selasa.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah Menteri Pertahanan apabila perjanjian ditandatangani untuk membeli dua buah kapal selam kelas Scorpene dari unit limbungan tentera laut DCN Perancis.

Namun, DCN kini berpisah daripada Thales menerusi dalam perjanjian bernilai AS$1.2 bilion (RM5.23 bilion).

Kes memberikan sogokan itu dibuka pada tahun 2010.

Keseluruhan sembilan defendan termasuk Thales telah didakwa di Perancis dan siasatan tersebut telah ditutup pada Januari 2022, kata sumber itu.

Mereka termasuk Philippe Japiot iaitu bekas pengerusi limbungan tentera laut Perancis, unit antarabangsa DCN dan Jean-Paul Perrier yang merupakan bekas ketua eksekutif Thales.

Turut sama didakwa ialah dua lagi bekas eksekutif.

Keempat-empat mereka menafikan sebarang salah laku dan kerajaan Malaysia telah menyatakan kontrak itu telah bebas daripada rasuah.

Ketika dihubungi oleh AFP, Thales berkata: “ia menentang dakwaan ini.”