Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Norjuma

Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Norjuma

 

USAHAWAN selebriti, Norjuma Habib Mohamed dikenakan perintah waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Yasmin Abdul Razak, mengeluarkan arahan itu selepas Norjuma gagal memberi kerjasama dari permulaan kes dan juga kerana menghina mahkamah atas ingkar perintah yang ditetapkan, lapor Harian Metro.

Untuk rekod, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma sejak 2019 dan 2020 berikutan penyebaran fitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 hingga 2020.

Peguam bagi pihak Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan, berkata bagaimanapun pihaknya gagal menyerahkan waran tangkap itu selepas Norjuma tidak ada di kediamannya hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan memohon tarikh baru untuk permohonan waran tangkap ke atasnya sekali lagi.

“Mungkin selepas ini kita akan menyerahkan waran tangkap itu ke pihak polis bagi membantu mengesan Norjuma dan menahannya,” katanya.