Mahasiswa Malaysia ditahan di Mesir

Mahasiswa Malaysia ditahan di Mesir

 

Kementerian Luar mengesahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar warganegara Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata susulan penahanan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Mesir untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes itu.

“Kementerian Luar akan memantau perkembangan kes ini menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

“Kita akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mahasiswa berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini, lapor Berita Harian.