Maggi ‘seafood’ tepi jalan dijual dengan harga RM20 undang pertikaian netizen

Maggi ‘seafood’ tepi jalan dijual dengan harga RM20 undang pertikaian netizen

 

Maggi ‘seafood’ tepi jalan dijual dengan harga RM20 undang pertikaian netizen

Bagi kebanyakan orang, mi segera menjadi makanan penyelamat terutama buat mereka yang mahu makan dengan cepat serta mahu berjimat.

Harganya yang agak murah serta tempoh masa penyediaan yang tidak terlalu lama menyebabkan mi segera sering menjadi pilihan utama.

Sejak belakangan ini, hidangan ini telah menjadi pilihan peniaga tepi jalan dengan sedikit olahan.

Bagaimanapun, jualan menu ini sering menjadi perdebatan netizen apabila ada peniaga dikatakan menjual pada harga yang tidak setanding dengan tempatnya berniaga.

Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik di platform X, memaparkan seorang peniaga menjual mi segera di tepi jalan telah meraih perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, peniaga terbabit sedang menyediakan mi segera goreng dengan lauk tambahan seperti 2 ekor udang, 4 ekor sotong, telur hancur dan sambal homemade.

Apa yang mengejutkan rata-rata netizen ialah mi segera tersebut dijual dengan harga RM20.

Seorang pengguna X mempertikai harga mi segera yang dikenakan oleh peniaga tersebut kepada pelanggan.

Menurut individu tersebut, harga terbabit boleh dikategorikan sebagai tidak masuk akal memandangkan ia dijual di tepi jalan.

Screenshot 2025 02 17 130908Screenshot 2025 02 17 131002Screenshot 2025 02 17 131020Screenshot 2025 02 17 131152

Namun, ada juga pengguna lain yang bersetuju dengan harga yang dikenakan kerana bahan basah yang digunakan peniaga tersebut.

Ada yang membandingkan harga jualan yang dikenakan lebih kurang sama dengan caj yang dikenakan peniaga mamak.

Screenshot 2025 02 17 130952Screenshot 2025 02 17 131207