“Macam tak percaya dah 5 series” – Foto Maria Farida di tepi pantai pakai dress putih raih perhatian

“Macam tak percaya dah 5 series” – Foto Maria Farida di tepi pantai pakai dress putih raih perhatian

 

Siapa tak kenal dengan aktres jelita berusia 55 tahun yang kekal awet muda, Maria Farida ni, kan?

Kelibatnya di mana-mana acara pasti mencuri tumpuan ramai kerana penampilannya yang menawan dan persis orang muda.

Foto dimuat naik oleh Maria semalam meraih tumpuan ramai pengikutnya di Instagram selepas dia berkongsi momen percutiannya bersama rakan-rakan.

Foto Maria itu memaparkan dirinya di tepi pantai berpakaian serba putih dan ia meraih pujian ramai kerana badannya yang begitu ramping!

Ramai memuji kecantikan dan penampilan Maria yang seperti anak dara malah ada yang membandingkan wajahnya sekarang dengan waktu mudanya.

Malah ada peminat yang meminta petua bagaimana untuk kekal jelita seperti Maria pada usia sebegitu.

Difahamkan Maria bercuti bersama rakan-rakannya untuk meraikan hari lahir salah seorang daripada mereka, Ezurin Khyra.

maria farida waktu muda