‘Macam menghina orang bertudung,’ netizen terkejut tengok fesyen Elvina Mohamad

‘Macam menghina orang bertudung,’ netizen terkejut tengok fesyen Elvina Mohamad

 

Pelakon cantik Datin Elvina Mohamad jadi perhatian warganet apabila mengenakan busana dress labuh berwarna biru gelap ketika menghadiri sebuah acara fesyen.

Menerusi perkongsian fotonya di Instagram, rata-rata warganet menganggap fesyen yang dipakai Elvina tidak bersesuaian apabila dia memakai dress yang terdedah di bahagian dada namun meletakkan skaf di atas kepala seakan bertudung.

Susulan itu, ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan komen teguran dan kritikan daripada warganet dan peminatnya.

Malah, ada segelintir warganet turut menganggap perbuatan Elvina itu seperti mempersendakan agama atau wanita yang berhijab.

Walaubagaimanapun, selepas beberapa jam hantaran itu dibuat Elvina telah menutup ruangan komennya.