“Macam mana boleh terfikir idea sampai tahap ni” – Berang difitnah hasut jenama lain batal kontrak, Bella tempelak Ruhainies

“Macam mana boleh terfikir idea sampai tahap ni” – Berang difitnah hasut jenama lain batal kontrak, Bella tempelak Ruhainies

 

Perkongsian wanita Singapura, Sarah Yasmine yang memuat naik tangkap layar hantaran mesej dipercayai melibatkan dua pelakon iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies begitu mengejutkan orang ramai.

Antara kandungan yang dimuat naik Sarah ialah Ruhainies mendakwa isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah telah menghantar e-mail kepada beberapa jenama untuk menghentikan kerjasama bersamanya.

Tidak berdiam diri, Bella tampil memberikan responnya terhadap dakwaan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).

Menerusi hantaran tersebut, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang diperkatakan Ruhainies.

Ibu kepada dua orang anak itu turut menuntut Ruhainies untuk menunjukkan bukti kepada orang ramai jika benar dia berbuat demikian.

Fitnah! Bila masa pula team saya nak pergi email segala jenama (yang bekerja dengan Ruhainies)?

Astaghfirullah, (saya) nak bukti.

Tambah Bella dia juga tidak menyangka pemikiran Ruhainies sebegitu teruk sehinggakan sanggup untuk memfitnahnya selepas kemelut yang berlaku antara mereka.

Macam mana boleh terfikir idea untuk fitnah sampai ke tahap ini Ruhainies?

Lebih menyedihkan Bella ialah terdapat juga hantaran mesej antara Aliff dan Ruhainies yang seakan mengutuk dirinya sewaktu tarikh hari lahirnya iaitu pada 15 Mac yang lalu.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai pendedahan mengejutkan tentang perbualan romantis antara Ruhainies dan Aliff serta perancangan mereka yang didakwa mahu menjatuhkan Bella.