“Macam mana boleh bagi? Saya orang India..” – Pelanggan kecewa terima ‘beef burger’ percuma dari restoran fast food

“Macam mana boleh bagi? Saya orang India..” – Pelanggan kecewa terima ‘beef burger’ percuma dari restoran fast food

 

Setiap kepercayaan mempunyai pantang larang yang perlu diikuti oleh penganutnya. Jika penganut beragama Islam tidak dibenarkan memakan khinzir, sama seperti Hindu yang tidak dibenarkan memakan daging lembu.

Susulan itu, setiap individu di Malaysia yang hidup berbilang kaum dan agam perlu mengambil cakna bagi menjaga keharmonian sejagat.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang dikongsikan oleh pengguna @teivakulantey4, dapat dilihat seorang pelanggan berbangsa kecewa selepas menerima burger daging secara percuma kepadanya dari pekerja sebuah restoran makanan segera.

Pemberian itu dianggap tidak sensitif memandangkan pelanggan itu berbangsa India yang mana secara dasarnya tidak memakan daging lembu.

“Beef burger, macam mana awak boleh bagi saya? Saya orang India,” kata pelanggan itu kepada pekerja berkenaan.

Kemudian, kedengaran pekerja restoran tersebut secara sopan memohon maaf kepadanya atas insiden yang berlaku.

Dia menjelaskan bahawa pemberian burger secara percuma itu adalah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh syarikat.

Namun, penjelasan dan permohonan maaf pekerja itu enggan diterima oleh pelanggan berkenaan. Hal ini kerana dia mendakwa telah makan menu percuma itu yang mana sudah melanggar perintah agamanya secara tidak langsung.

“Jadi macam mana cara kamu nak selesaikan perkara ini? Sebab kalau tak makan lain cerita, ini dah makan.

“Jadi macam mana cara dia? Takkan sana tak tahu saya pesan enam burger ayam, macam mana dia boleh tersilap bagi burger lembu?

“Kalau saya beli burger daging, dia boleh la bagi burger daging,” kata pelanggan terbabit.

Selain itu, pelanggan tersebut turut mempertikaikan tindakan pekerja yang tidak mengetahui dia berbangsa India dan tidak memaklumkan kepadanya berhubung pemberian burger secara percuma itu.

Namun, pekerja wanita yang dipercayai pengurus restoran tersebut terus memohon maaf kepada pelanggan berkenaan atas kesilapan berkenaan.

Difahamkan pelanggan itu membuat pembelian secara drive thru di restoran yang terletak di Tambun, Ipoh itu.

Video yang berjaya meraih lebih 700,000 jumlah tontonan lantas menerima pelbagai reaksi daripada netizen di platform TikTok.

@teivakulantey4

Kasi Share Dan Repost Sampai Dapat Keadilan Untuk Semua Kaum India @JEEVA @mathanedward @viral_vairamuthu @jdt04suren @jdtsuren0418 @bobgally4 @parlimentambunofficial @Akka Nasi Lemak Seri Kembangan @ɑׁׅ℘℘ᥣׁׅ֪ꫀׁׅܻ ⚡️♠️ @CR-VEERA @yametehgirl @Deena Dinish Vivekananda @vanakammalaysia

♬ original sound – 🧞‍♂️Teivakulantey🔱 – 🧞‍♂️Teivakulantey🔱

Rata-rata netizen bagaimanapun menyalahkan pelanggan itu sendiri kerana tidak peka dengan label beef yang sudah tertera pada bahagian wrapping.

Namun, ada yang berpihak kepada pelanggan berkenaan dan mengganggap ia sebagai kesalahan pekerja yang tidak peka dengan agama seseorang pelanggan dan tidak memaklumkan kepada pelanggan berkaitan pemberian burger secara percuma itu.

Manakala, sebahagian lain pula berpendapat pekerja itu mungkin tidak mengetahui latar belakang seseorang pelanggan dan meminta pelanggan terbabit untuk memaafkan pekerja itu di atas kesilapan yang dilakukan.

Dalam pada itu, ada netizen yang menghakimi perkara itu dengan mengatakan jika pembelian secara bersemuka maka ia adalah kesilapan pekerja itu, sementara jika membuat pembelian secara dalam talian pula bukan di bawah tanggungjawab pekerja.