“Macam abang J&T, bagi barang, chow, janji kerja jalan..” – Syed Saddiq dipuji pantas!

“Macam abang J&T, bagi barang, chow, janji kerja jalan..” – Syed Saddiq dipuji pantas!

Awal bulan lalu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan Pakej Bantuan Khas Muar SEJIWA khas untuk rakyat di kawasannya.

Bagi menjayakan inisiatif tersebut, figura berusia 29 tahun itu dilihat kerap turun padang mengagihkan pelbagai bantuan kepada penduduk yang memerlukan.

Lebih menarik perhatian warganet apabila bekas Ketua Armada Bersatu itu ‘sempoi’ bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain tanpa menetapkan sebarang protokol, seolah-olah ‘bekerja sendiri’ sekali gus berjalan laju dan lancar.

Terbaru, beliau memuat naik video di laman Instagram dan Twitter ketika mengagihkan tablet kepada murid dan pelajar dalam kalangan keluarga yang kurang kemampuan.

“Rumah ke rumah untuk sampaikan tablet. Setakat ni dah 1000~ tablet sudah diedar. Kadang-kadang sampai sesat cari rumah.
“Mujur ramai tolong tunjuk jalan. Bantulah pendidikan pelajar di Muar. Ramai lagi yang mohon, tetapi stok kita terhad,” katanya.

Macam tu je? Mana sepanduk besar?

Bagi barang, ‘chow’! Janji kerja jalan…

Bertindak, bukan sekadar sembang

Difahamkan, selain menyumbang gaji sebulan dan hasil keuntungan jualan produknya, Syed Saddiq turut mengumpul dana menerusi sumbangan orang ramai ke pusat khidmat Parlimen beliau.

Sumber: ohmymedia , Twitter & Instagram Syed Saddiq