Lorong kecemasan, kiri antara Tapah-Bidor lebuh raya Plus ditutup lima hari

Lorong kecemasan, kiri antara Tapah-Bidor lebuh raya Plus ditutup lima hari

 

Lorong kecemasan dan kiri antara Tapah ke Bidor di kilometer (KM) 329.65 hingga KM 330.10 (arah selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama lima hari untuk kerja penyelenggaraan jalan.

Penutupan itu kepada semua kenderaan mulai 9 pagi, Isnin depan (15 Noevember) sehingga Jumaat, 19 November, 12.30 tengah hari.

Plus Malaysia Berhad (Plus) menerusi satu kenyataan hari ini berkata, bagaimanapun lorong kanan di KM329.65 hingga KM330.10 (arah Selatan) masih boleh dilalui oleh semua kenderaan

“Plus mengutamakan keselamatan dan keselesaan di lebuh raya dan secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatkan kedua-dua aspek itu.

“Sehubungan itu, bagi membolehkan kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lancar, lorong kecemasan dan lorong kiri di antara Tapah dan Bidor yang berkenaan ditutup sementara.

“Justeru, pelanggan yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disediakan,” katanya.

Katanya, pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan Plus ketika melalui kawasan terbabit.

“Pelanggan lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

“Plus mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama itu berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan,” katanya, seperti dilaporkan Harian Metro.