Lori sampah musnah terbakar

Lori sampah musnah terbakar

Sebuah lori sampah milik sebuah syarikat swasta musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Besar Simpang, dekat sini, awal pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.50 pagi.

Ketika kejadian, terdapat dua pekerja sedang menjalankan tugas mengutip sampah di kawasan berkenaan.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah lori sampah yang musnah 60 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, kata jurucakap itu, kebakaran tidak melibatkan mangsa.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Shahridzuan Shamsudin tamat pada jam 7 pagi. – AA